Buang atau tanam pakaian dalam yang tidak boleh dipakai? Ini jawapannya…

Biasanya pakaian dalam yang dah tak di pakai, kamu akan terus buang atau tanam?

Sebenarnya masih ramai wanita yang berasa ragu-ragu mengenaikan, bagaimana cara yang sesuai untuk melupuskan pakaian dalam lama yang tak mahu di pakai.Kebanyakan wanita moden masa kini memilih untuk membuang atau membakar pakaian dalam yang tidak mahu di pakai, daripada menanamnya.

Tapi sebetulnya cara mana yang lagi bagus untuk melupuskan pakaian dalam yang dah lama itu? Jom cari jawapannya di bawah.

Nak Buang Harus Ada Caranya

Tidak dinafikan cara membuang terus adalah lebih mudah berbanding menanam, kerana bukan semua kediaman memiliki tanah sendiri dan rata-ratanya tinggal di kawasan bertingkat seperti flat, apartment dan kondominium.

Bagi wanita yang memilih untuk membuang pakaian dalam, ini beberapa langkah yang perlu kamu ikuti.

  • Pastikan pakaian dalam tersebut bersih dan telah di basuh.
  • Kumpul pakaian dalam yang tidak ingin di pakai lagi dalam satu bekas.
  • Gunting setiap pakaian dalam dalam cebisan kecil.
  • Kemudian kumpul cebisan tersebut dan masukan ke dalam plastik sampah.
  • Ikat plastik dengan kemas dan ketat dan buang di tempat pembuangan sampah.
  • Doa agar cebisan pakaian dalam itu dilupuskan dengan baik.

Boleh Nak Tanam, Tapi Kena Ada Cara

Bagi wanita yang tinggal di kediaman yang memiliki tanah, maka seeloknya pakaian dalam yang dah tak nak pakai atau dah lama itu di tanam.

Tapi bukan sembarangan saja boleh di tanam, ikuti beberapa langkah ini untuk menanam pakaian dalam kamu.

  • Pastikan pakaian dalam tersebut bersih dan telah di cuci.
  • Masukkan pakaian dalam dalam satu bekas.
  • Kemudian gunting pakaian dalam sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil.
  • Selepas itu, masukan cebisan yang telah digunting tadi ke dalam plastik sampah.
  • Ikat plastik sampah dengan kemas dan ketat.
  • Gali lubung di tempat atau kawasan yang kamu rasa sesuai untuk menanam pakaian dalam.
  • Pastikan lubang yang digali itu agak dalam, dan tanam plastik yang mengandungi cebisan pakaian dalam tersebut.
  • Dan doa tiada haiwan mahupun anasir jahat.

Kedua-dua pilihan ini boleh digunakan mengikut kediaman yang kamu miliki, jangan pula kamu memandai-mandai untuk menjual pakaian dalam kepada pemborong dan penjual pakaian terpakai.

Nanti tak pasa-pasal jadi lain pula, lepas ini kamu boleh pilih antara dua cara ini untuk lupus pakaian dalam yang dah lama mengikut situasi dan keadaan tempat kamu berasa.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top