Biar betul sapu Sunquick kulit boleh jadi putih?

Macam-macam sekarang ini. Ada yang mengamalkan pelbagai jenis petua untuk kelihatan cantik. Tapi adakah sapu sunquick kulit putih, mereka sebenarnya tahu kesan petua tersebut? Baik kesan buruk mahupun kesan baik?


Seperti beberapa hari yang lepas, seorang pengguna di Facebook telah berkongsi mengenai petua mendapatkan kulit yang cerah menggunakan Sunquick berperisa Mandarin. Biar betul kordial tersebut boleh memutihkan kulit?


Sebelum mencuba petua ini, kamu sepatutnya tahu sama ada ianya sesuai atau tidak untuk dipakai di kulit. Bukan apa, kordial ini dihasilkan bertujuan untuk diminum dan bukannya untuk dipakai di badan. Jika kamu tidak tahu, teruskan membaca.

Sapu-Sapu Saja Dah Putih Melalui pengguna atau dikenali sebagai Cikgu Odah di media sosial tersebut, dia mengatakan Sunquick berperisa Mandarin ini mampu menghilangkan jeragat dan juga mencerahkan kulit wajahnya.


“Kalau tak percaya, cuba tengok demo yang Cikgu Odah buat pada tangan ini. Setengah jam sahaja”, ujarnya.

sapu sunquick kulit putih

 

Untuk mendapatkan hasil yang segera dan cepat, dia menyarankan pembaca yang lain melakukannya sekerap yang mungkin atau setiap hari pada bahagian-bahagian badan yang diperlukan.

Hanya sapu-sapu sahaja pada kulit tangan atau wajah. Kemudian biarkan selama setengah jam sebelum membilasnya. Perbezaannya boleh dilihat selepas beberapa kali melakukannya.

Sebenarnya Sesuai Atau Tidak?

Minuman jus kordial ini hanya sesuai untuk diminum dan bukannya disapu di kulit terutamanya pada bahagian wajah. Untuk pengetahuan kamu, jus kordial ini dikatakan mengandungi jus buah-buahan segar dan menjadi sumber Vitamin C. Tetapi adakah kamu tahu kandungan gula dalam minuman ini juga tinggi?

Sama seperti minuman berkarbonat, jus kordial ini mengandungi kandungan gula yang tersembunyi. Boleh dikatakan secara puratanya, 6 sudu sehingga 7 sudu teh gula dalam setiap hidangan.

Dalam pada masa yang sama, sebenarnya tahap konsentrasi jus dalam minuman ini tidak mempunyai serat yang mencukupi yang diperlukan oleh kulit kamu. Daripada menginginkan hasil kulit yang cantik, kamu boleh mendapat kulit yang meradang.


Seperti yang kita tahu, kandungan gula yang tinggi mampu membuatkan kulit menjadi dehidrasi. Ini kerana apabila kulit mengandungi gula yang tinggi ia akan menarik air daripada memasuki sel-sel kulit. Kesannya, kulit akan menjadi kering, kusam dan berkedut.

Ramai Yang Tidak Bersetuju

Rata-rata pembaca tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana jus kordial ini berkemungkinan mengandungi bahan pengawet dan beberapa bahan yang boleh membahayakan keadaan kulit.

sapu sunquick kulit putih

Dan pada masa yang sama, ada juga yang memberikan cadangan berkongsi pengetahuan untuk membetulkan kenyataan ini.

sapu sunquick kulit putih

Walaupun macam-macam jenis petua diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cerah dan cantik, untuk lebih selamat dan berkesan lebih baik mendapatkan rawatan daripada pakar dermatologi.

Apa-apa pun, pastikan petua yang diamalkan oleh kamu sekarang ini tidak membawa sebarang keradangan atau kesan buruk dalam jangka masa yang panjang untuk kulit.

ARTIKEL BERKAITAN:

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart