Betul ke wanita yang ketagih ‘online shopping’ ada masalah mental?

Ahli psikoterapi telah membahaskan bahawa ketagih membeli-belah dalam talian merupakan satu masalah kesihatan mental. Menurut Dr. Müller yang merupakan seorang pakar psikoterapi di Hannover Medical School dari German ini berkongsi tentang kajian yang dilakukan oleh dirinya dan juga rakan sekerja.

Berdasarkan kajian bersama 122 orang pesakit yang mendapatkan bantuan tentang masalah  yang mereka hadapi iaitu ketagihan membeli-belah dalam talian yang teruk.

Semasa kajian dijalankan, para saintis mendapati pesakit yang berlawan dengan rasa ketagih yang teruk selalunya mempunyai kadar tekanan dan anxiety yang tinggi. Para pengkaji percaya rasa ketagih untuk membeli barangan dalam talian menjadikan individu tersebut berubah kepada shopaholic.


Individu shopaholic ini pula sanggup menghabiskan masa berjam-jam menghadap telefon atau komputer mereka semata-mata ingin mencari barang yang di minati tanpa rasa perlu bergaul dengan masyarakat serta tanpa perlu keluar dari rumah mereka sendiri.

Sebab Ketagih Membeli-Belah Dalam Talian

Pakar mendapati individu yang ketagih membeli-belah secara dalam talian ini gemar mendapatkan tawaran promosi di dalam talian ini kerana promosi di dalam talian tidak sama seperti di stor fizikal. Dengan membeli di dalam talian, mereka akan mendapati barang yang berkualiti dengan harga yang jauh lagi murah berbanding membeli di kedai fizikal.

Tambahan lagi, mereka berasa tidak perlu untuk membuang tenaga dengan keluar ke pasaraya untuk mendapatkan barang atau item yang dingini kerana semuanya boleh dilakukan secara dalam talian.


Gejala yang ditunjukkan ini, mendapati ramai individu menunjukan petanda Buying-Shopping-Disorder (BSD) dan para penyelidik yakin lebih kurang lima peratus populasi di dunia memiliki gejala seperti ini.

Buying Shopping Disorder Satu Masalah Mental Yang Serius!

Buying-Shopping-Disorder atau BSD ini telah lama dikenali cuma tiada pihak berwajib yang mengambil berat tentang isu ini sehinggalah munculnya banyak kajian yang dilakukan pada masa ini.


BSD ini dikategorikan sebagai “Impulse Control Disorder” di mana era internet yang semakin berkembang pesat mempengaruhi minda generasi kini dan kesan atau impaknya begitu kuat ke atas diri individu.

Dr.Müller juga berpendapat gejala yang dihadapi ini berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya keinginan membeli barang yang di pendam terlalu lama, rasa kepuasan membeli-belah dan sebagainya.


Gejala-gejala yang dialami oleh individu seperti ini memerlukan perhatian kesihatan yang serius oleh pakar. Ini kerana kesan ke atas kesihatan mental kepada diri individu tersebut akan membawa kepada rasa tekanan yang ekstrem serta pelbagai masalah psikologi yang lain.

Individu BSD Perlu Dapatkan Rawatan

Penyakit ketagih membeli-belah secara dalam talian ini akan membuatkan kehidupan menjadi sukar seperti masalah dalam perhubungan, hutang-piutang dan keadaan rumah yang semak dengan pelbagai barangan yang di beli.


Kini tiba masa masalah BSD dikenali sebagai salah satu masalah mental yang serius agar dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.

Dan para pakar penyelidik juga perlu mengkaji secara mendalam tentang isu ini seperti karakteristik individu yang ketagih membeli barangan dalam talian dan apa yang membuatkan mereka membeli barang-barang yang tidak berguna atau tiada manfaat serta apa yang menyebabkan mereka sukar untuk menepis keinginan untuk membeli secara dalam talian.


Bagi anda yang memiliki gejala sebegini, sebaiknya dapatkan khidmat nasihat pakar psikoterapi agar tidak terjebak dengan kancah membeli-belah yang tidak menguntungkan kepada diri serta kesihatan diri.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top