Betul ke Kimchi sayur ajaib boleh lindungi diri dari coronavirus?

Siapa penggemar kimchi sangat beruntung kerana seorang profesor dari Perancis telah mengeluarkan kajian tentang penemuan sayur kobis jeruk tersebut berpotensi merendahkan risiko jangkitan virus pandemik itu.

Profesor Terhormat Perubatan Pulmonary di Univeristi Montpellier, Perancis iaitu Dr. Jean Bousquet telah menyiarkan penyelidikannya tentang hubungkait antara merendahkan risiko Covid-19 dan juga perbezaan gaya pemakanan antara negara terutama sayur kobis perap.


Kimchi Berpotensi Rendahkan Risiko Covid-19


Berdasarkan kajian yang disiarkan dalam Journal Clinical And Translational Allergy, negara yang mengamalkan sayur kobis jeruk atau perap dalam diet pemakanan mereka dilihat rendah risiko jangkitan virus berkenaan.


Ini dapat dilihat di Korea Selatan dan German yang mengamalkan gaya pemakanan sayur kobis jeruk atau perap seperti kimchi dan sauerkraut di negara masing-masing.

Kimchi Tinggi Antioksidan

Sayur kobis perap atau dijerukkan seperti kimchi mempunyai tinggi antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun badan.


Selain itu, kimchi juga dapat membantu merendahkan tahap ACE², yang merupakan sel enzim membran yang sering ditemui dalam paru-paru di mana ia dilihat sebagai pintu masuk untuk Covid-19 ke dalam tubuh badan manusia.

Kimchi Rendahkan Tahap ACE² Macam Perisai

ACE² merupakan tiket masuk Covid-19 untuk memasuki tubuh badan manusia menerusi paru-paru, tetapi jika tahap ACE² rendah ia akan menyukarkan virus tersebut sukar memasuki paru-paru manusia.


Dengan memakan sayur kobis yang diperap seperti kimchi boleh merendahkan tahap ACE², di mana sayur yang diperap seperti ini bukan saja mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi malah juga boleh melindungi dari risiko serangan Covid-19.

Kimchi Mengandungi Probiotik

Siapa sangka sayur kobis yang diperap seperti kimchi ini bukan saja mengandungi antioksidan yang tinggi, ia juga mengandungi vitamin C.


Selain itu, oleh kerana sayur kobis ini diperam ia secara tidak langsung menghasilkan probiotik di mana probiotik ini menyokong ‘gut microbiome’ yang mana ia membantu memberi kesan imun yang lebih bagus dalam tubuh manusia.


Jom Buat Kimchi D.I.Y SendiriKajian telah menunjukan sayur yang diperap menghasilkan probiotik dan tinggi kandungan antioksidan serta meningkatkan sistem imun badan. Oleh itu, apa kata kita hasilkan sendiri sayur perap atau kimchi sendiri lagi bagus dan selamat bukan?

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top