Betul ke ada efek buruk jika ambil vitamin C terlalu banyak?

Musim wabak berbahaya COVID-19 ni macam-macam ubat dan tip pencegahan kita dengar dan baca dari media sosial. Waktu ni la peniaga akan ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual ubat-ubatan yang belum tahu sejauh mana keberkesanannya.

Nasib baik ada sesetengah doktor tampil memberi nasihat kepada orang ramai di media sosial untuk tidak mengambil ubat sebarangan dan perbanyakkan mengambil vitamin C supaya dapat meningkatkan imunisasi tubuh badan.

Yellow pills forming shape to C alphabet on wood background

Vitamin C terlalu banyak ada kesan buruk?

Cuma jangan terlalu banyak sangat ambil vitamin C sebab akan timbul kesan buruk.Fakta ini dijelaskan oleh seorang doktor perubatan bahagian Jabatan Kecemasan, Doktor Sazwan Reeza tentang  cara pengambilan vitamin C yang sebenar menerusi akaun twitter miliknya.

Menurutnya, mana-mana individu yang mengambil vitamin C melebihi dos yang sepatutnya akan berisiko mendapat batu karang di buah pinggang.

Satu jenis buah sehari…

Malah, doktor tersebut meminta orang ramai untuk mengambil gizi ini cukup dengan satu jenis dalam sehari dan dia turut kongsikan 10 jenis buah yang mempunyai banyak kandungan vitamin C.

Sebenarnya bukan 10 jenis buah dan sayuran ni je tapi ada lagi banyak antaranya pisang, tembikai, nenas, bijirin dan banyak lagi.

Sebelum tu nak diingatkan kalau ada di antara kita mengambil suplemen vitamin C, pastikan dapat nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Jangan ikut sukahati telan je pil-pil vitamin C.Jika tidak, buah pinggang anda akan mengalami kerosakan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart