Bersanding dengan sneakers, lebih selesa, sempoi dan trendy

Memilih kasut pengantin yang sepadan dengan pakaian perkahwinan boleh menjadi satu urusan yang rumit dan memerlukan banyak pertimbangan. Kasut memainkan peranan yang penting juga dalam hari memastikan majlis perkahwinan anda sempurna.

Pertama sekali, anda perlu pilih kasut yang sesuai dan sepadan sempurna dengan baju pengantin anda. Kasut itu harus cukup selesa dipakai dan memberikan keselesaan kepada kaki anda sepanjang majlis perkahwinan termasuk sesi bergambar dan bertemu para tetamu.

Bayangkan, pemilihan kasut yang tidak betul pasti membuatkan kaki anda sakit dan melecet. Pasti membantutkan kelancaran majlis sekaligus membuatkan mood anda potong.

Pernah tak terfikir untuk bersanding dengan memakai kasut sneakers?

Nampak pelik kan?

Tapi, inilah trend masa kini untuk sneakers lover dan membuatkan pengantin tidak perlu risau jatuh terpelecok malah membuatkan pemakai rasa lebih selesa dan yakin.

Jom kita tengok contoh pengantin yang menggayakan sneaker di hari perkahwinan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top