Berpada-pada mencintai seseorang, lebihkan cinta kepada Allah swt

Buat anda yang sedang falling in love with someone special. Selagi belum akad nikah berilah cinta kamu pada dia sekadar cinta biasa. Kalau kamu rindukan dia kamu rindulah dia sekadar rindu biasa. Dan bila kamu sayangkan dia kamu sayanglah dia sekadar sayang biasa. Kerana mungkin saja kamu dan dia tidak takdirkan untuk hidup bersama.

Kita bercinta dengan dia dah lama. Kenal dah bertahun-tahun tapi akhirnya kita dan dia tak berkahwin. Pernah dengar orang kata, “Allah tu Maha Membolak-balikkan hati?” Ya, Allah boleh bolak-balikkan hati kita kalau Dia berkehendak. Mungkin bukan kita yang tawar hati tapi dia yang dah mulai bosan dengan kita. Sebab tu pentingnya berharap pada Allah.

Kalau betul dia adalah jodoh kita. Dia yang Allah takdirkan untuk kita. Lambat atau cepat Allah pasti akan datangkan dia kepada kita. Tapi kalau dia bukan milik kita, kita kena redha. Bukan mudah nak kita redha. Bukan senang kita nak move on bila kita dah terlalu sayang dekat seseorang. Tapi bila kita redha percayalah Allah pasti akan gantikan dengan yang lebih baik.

Wahai yang bercinta.

Bila kita dah pernah datang berjumpa kedua mak ayah ianya bukanlah satu kepastian. Hatta kalau kita dan dia dah di ikat dengan ikatan pertunangan sekalipun tak semestinya hubungan tu akan berakhir dengan perkahwinan. Kerana bercinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Bukankah jodoh itu adalah rahsia Allah? Maka hanya Allah sajalah yang Maha Mengetahui siapa jodoh kita.

Sebagai hamba kita hanya mampu merancang tapi Allah jualah yang menentukan. Jadi masa bercinta ini serahkan saja urusan kita pada Allah. Kerana boleh jadi dia adalah jodoh orang lain dan orang lain itu bukan diri kita. Mungkin kita hanya tolong jaga dia untuk orang lain.

Last but not least,

Bercintalah dengan harapan hanya kepada Allah, Berharap yang kita dan dia akan di satukan dalam ikatan pernikahan yang suci. Tapi at the same time doa harapan saja tidak mencukupi. Buktikanlah dengan effort kita untuk menghalalkan hubungan yang masih belum halal. Kalau dah namanya jodoh jauh manapun jarak memisahkan kita dengan dia. Takdir Allah pasti akan mendekatkan kita kepada dia.

Percaya dan yakinlah pada Allah. Kerana Allah tak akan pernah kecewakan kita. Moga dia yang kita sayang sentiasa dalam jagaan Allah, dan di kesempatan ini marilah kita semua bersama bertadah tangan. Dengan berdoa penuh pengharapan kepada Allah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top