Berdebar depan tok kadi, cuba buat step ini untuk hilangkan gemuruh

Bagi seorang lelaki, ada 3 waktu yang boleh menyebabkan hatinya berdebar-debar.

Pertama, ketika nak berkhatan.

Kedua, ketika lafaz akad nikah

Ketiga ketika isterinya nak melahirkan anak yang pertama.

Dalam suasana meriah dan ceria kadangkala juga boleh menyebabkan bakal pengantin menjadi gementar atau cuak apabila mengharungi detik-detik bersejarah ini.

Lafaz akad nikah adalah perkara yang paling penting dan semua pihak memang menunggu saat-saat ini.

Kami kongsikan beberapa tips bagi bakal pengantin untuk mengelakkan perasaan gemuruh semasa majlis pernikahan dan sekali gus dapat melafazkan akad nikah dengan hanya sekali sahaja.

1) Yakin

Segala persiapan telah disiapkan. Letakkan semua beban persiapan di luar pintu masjid atau rumah semasa anda melangkah masuk ke dalam. Yakin dengan kemampuan diri sendiri. Yakin dengan pilihan hati anda. Tingkatkan keyakinan anda agar apa jua masalah yang akan berlaku semasa akad nikah nanti dapat anda hadapi dengan yakin.


2) Bersedia

Hampir 99% lelaki yang nak akad nikah pasti akan buat persediaan sebelumnya. Jadi anda pun mestilah bersiap sedia. Berlatih lafaz akad nikah anda berkali-kali sebelum hari besar anda. Sediakan jawapan-jawapan untuk semua soalan yang mungkin akan ditanya oleh tok kadi / bapa pengantin perempuan macam Azan, rukun Islam, rukun nikah, rukun solat, bacaan-bacaan lazim seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al Ikhlas dan sebagainya.

Persiapan ini amat penting kerana tanpa persediaan yang mantap, boleh jatuh maruah anda sebagai pengantin lelaki dihadapan khalayak ramai. Jadi prepare!

3) Bawa Kad Pengenalan

Proses akad nikah memang memerlukan kad pengenalan kedua-dua pasangan pengantin, jadi jangan tinggalkan kad pengenalan anda dirumah. Bawa juga pen supaya senang untuk anda dan pasangan mengisi borang akad nikah nanti.


4) Datang Awal

Untuk yang bernikah di masjid mahupun dirumah sebaik-baiknya datang awal 30 minit. Katakan Tok Kadi datang ke masjid pukul 10 pagi, anda harus berada disana jam 9.30 pagi. Ini adalah merupakan persiapan terakhir anda sebelum akad nikah. Tujuan datang awal adalah supaya anda boleh bertenang dengan susasana disana sekali gus dapat memastikan kelancaran masjlis akad nikah anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart