Berapa buah khemah untuk majlis perkahwinan? Ini cara paling tepat ikut bajet anda

Di dalam sesuatu majlis, tidak kiralah sama ada majlis perkahwinan, pertunangan mahupun majlis perasmian syarikat, jamuan, rumah terbuka dan sebagainya, khemah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya.

Khemah amat diperlukan untuk membolehkan para tetamu berlindung dari pancaran cahaya matahari dan berteduh dari hujan yang mencurah sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah terutama bagi mereka yang melansungkan majlis di rumah mahupun kawasan lapang yang memerlukan penggunaan khemah.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis khemah yang ditawarkan mengikut kesesuaian tema majlis perkahwinan. Selain mengambil kira isu bajet, pelbagai kesesuaian juga menjadi perkara perlu seperti jumlah jemputan, luas kawasan, tema layar dan sebagainya.

Pada masa kini jenis khemah yang sering menjadi pilihan para bakal pengantin adalah jenis White Arabian, White Pyramid dan A Shape.

Kebiasaannya, jenis khemah yang sering digunakan ialah jenis khemah perkahwinan White Arabic. Khemah jenis white Arabic ini digunakan kerana ia mudah dihias dan sesuai digandingkan dengan pelbagai kombinasi warna. Apabila dihias, khemah white Arabic akan menambahkan lagi seri sesuatu majlis.

Ini adalah contoh-contoh saiz kanopi yang menjadi pilihan ramai pengantin. Ia dikatakan saiz yang standard pada harga yang berpatutan dengan trend ciptaan terkini.

-10 kaki x 10 kaki
-18 kaki x 18 kaki
-20 kaki x 20 kaki

Untuk aksesori khemah pula diperlukan untuk menyerikan sesuatu set Khemah. Tidak lengkap sesuatu majlis tanpa khemah yang didatangi dan dihias dengan aksesori seperti”


1) Meja
Meja buffet, meja makan beradab, meja hadiah, meja door gift. Kerusi
Kerusi plastik, kerusi banquet, kerusi chiavari, kerusi pengantin. Kipas
Kipas syiling, kipas industri, kipas air (Mist Fan), Air Cooler, pelbagai kain untuk underlayer, Scallop, Curtain, skirting, alas meja, sarung kerusi, Riben.

2) Lampu
Lampu putih, Led Fairy Light, LED par can, Chandelier.


3) Bunga
Bunga meja, bunga pintu gerbang, bunga meja beradab

Tapi macam mana nak tahu berapa buah khemah yang diperlukan mengikut jumlah tetamu yang hadir?

Ini caranya!

-Secara asasnya, formula pengiraan unit khemah yang minimum untuk ditempah adalah mengikut jumlah jemputan yang kita jangkakan dibahagi 4 jam waktu acara majlis berlangsung. Kita akan dapat jumlah purata jemputan dalam sejam.

-Jumlah ini kemudiannya akan dibahagi dengan 40 (seunit khemah secara amnya boleh menempatkan 40 orang pada satu-satu masa).

-Kita akan mendapat anggaran minimum berapa unit khemah yang perlu digunakan untuk jemputan.

-Kemudian, kita perlu menambahkan 2 unit khemah lagi bagi menempatkan khemah pengantin dan khemah buffet.

-Selain itu, kita juga perlu mengambil kira khemah yang diperlukan untuk memasak (jika kita memasak sendiri untuk majlis itu nanti), menghidang (tidak kira samada kita memasak sendiri atau menggunakan perkhidmatan katering), dan lain-lain lagi hal yang dikira perlu untuk menggunakan khemah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top