Benarkah tidur dengan rambut basah antara penyebab muka lumpuh?

Setiap orang perlu menjaga kebersihan walaupun ketika waktu tidur. Ini kerana waktu tidur, waktu bakteria paling aktif dan sebab itulah kita disarankan untuk menjaga kebersihan walaupun hanya dengan memberus gigi sebelum tidur.


Terdapat kes lain yang turut berlaku dalam menjaga kebersihan sebelum tidur ini dimana seorang wanita berusia 32 tahun dari Wuhan, China mengalami lumpuh sebahagian mukanya disebabkan rambut basah.


Memetik laporan China Times, beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Xiong berkata dirinya sering membasuh rambut pada waktu malam sebaik sahaja pulang dari tempat kerja.


Disebabkan itu Xiong sering tertidur sebelum rambutnya sempat kering.

Akibat tindakan tersebut yang kerap dilakukan, beliau mendapati yang wajah sebelahnya tidak dapat bergerak, dan didapati mulutnya juga turut bengkok ketika dia cuba memberus gigi.


Xiong yang panik bergegas ke hospital dan pemeriksaan mendapati bahawa dia menghidap lumpuh saraf muka.


Hasil pemeriksaan juga mendapati ia berkemungkinan berpunca daripada tabiat tidur dengan rambut yang basah.


Menjelaskan perkara itu doktor tersebut berkata lumpuh tersebut mungkin disebabkan perubahan suhu badannya dan rambut basah menyebabkan wajahnya mengalami kekejangan.

Menurut doktor, rambutnya yang basah telah mengubah suhu badan dan menyebabkan mukanya menjadi kejang dan lumpuh ini menjadi lebih cepat kerana badannya berada dalam keadaan rehat dan tenang semasa tidur.


Bagaimanapun, Xiong bernasih baik kerana lumpuh pada mukanya hanya berlaku untuk sementara waktu.

Doktor juga menasihatkan Xiong agar mengubah tabiatnya dengan mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria. Ini sekaligus menyebabkan jangkitan.

Terkejutkan? Jadi, bagi anda yang suka tidur tanpa mengeringkan rambut tu, elok fikir semula.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart