Benarkah keluarga mertua zaman sekarang label wanita yang tidak bekerja sebagai ‘Menyusahkan’? Ini sebabnya…

Mungkin bukan anda seorang sahaja yang pernah dengar dialog seperti ini. Bila tak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, ada sahaja suara sumbang yang dikeluarkan orang terdekat.


Bukan apa, memanglah tugas nak cari duit memang amanah bagi lelaki. Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, memang susah nak bergantung hidup pada satu sumber mata pencarian sahaja. Tapi, tak semua perempuan mampu untuk bekerja secara profesional dan menguruskan kerja rumah pada masa yang sama.


Jadi, mereka yang memilih untuk bekerja dan menguruskan rumah adalah wanita hebat dan kental. Selain itu, ada juga beberapa perkara lain yang menyebabkan seorang perempuan memilih untuk terus bekerja walaupun memenatkan.

Orang kata tak pandai berdikari


Kadang-kala keinginan nak berhenti kerja dan fokus kepada jaga anak sangat membuak di dalam diri. Tapi semuanya hancur musnah bila teringat kata-kata tajam orang terdekat. Ibu yang tak bekerja selalu dianggap tak pandai berdikari dan loser. Keluarga mentua pun tak senang bila tengok anak lelaki mereka sahaja yang berusaha keras untuk hidup. Sebab tak kuat nak hadapi persepsi orang, maka para ibu pun teruskan kerja.

Tak nak bebankan suami


Sebab lain kenapa isteri tak nak berhenti kerja adalah disebabkan isteri tak nak susahkan suami. Malu juga kalau asyik nak minta duit suami di luar daripada nafkah. Tak nak la suami rasa terbeban sebab kita asyik minta duit dekat dia.

Tak mahir kerja rumah


Oleh sebab kita banyak habiskan masa dekat pejabat menguruskan kertas laporan. Jadi, kita tak ada banyak masa untuk dihabiskan untuk mengemas. Maka, ada wanita yang kurang cekap untuk beraksi di dapur, mengemas dan memasak. Suami juga yang kerja mengkritik saja memang selalu buat isteri terasa hati. Jadi lebih baik hantar sahaja bagi orang yang jaga anak.


Minat kepada karier


Selain itu, ada juga wanita yang sangat mencintai kerjaya mereka. Inilah hasil daripada penat lelah mereka membanting tulang di menara gading. Bila sudah mendapat jawatan yang selesa, sayang pula nak lepaskan.

Jadi sebenarnya para ibu ada bermacan-macam alasan mengapa mereka susah untuk berhenti kerja. Siapa yang tak mahu duduk sahaja di rumah dan habiskan banyak masa dengan keluarga, kan? Namun, keadaan kadangkala tak semudah apa yang kita sangkakan.


Dalam hal ini, para suami pun kenalah bertolah ansur dengan isteri. Masing-masing tahu bagaimana letihnya untuk bekerja dan menguruskan keluarga pada masa yang sama. Jadi, salinglah bertoleransi tau!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart