Benarkah deodoran penyebab kanser payudara? Ini fakta yang anda perlu tahu

Ramai di antara kita yang kadangkala percaya deodoran akan menyebabkan seseorang itu menghidap kanser payudara.Deodoran adalah sejenis bahan penyembur yang digunakan pada ketiak untuk mengurangkan perpeluhan dengan cara menyekat pori peluh.

Walaupun deodoran juga digunakan dibawah ketiak, tetapi ia tidak menyekat pori peluh, hanya sekadar mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Timbul kerisauan apabila ada beberapa orang saintis mencadangkan produk itu mungkin mempunyai bahan kandungan yang berbahaya dan penggunaannya pada ketiak yang berdekatan dengan payudara mungkin akan menyebabkan risiko pada payudara.

Dr Ahmad Samhan melalui telegramnya menjelaskan ia sebenarnya tidak dibuktikan dengan jelas dalam mana-mana ujian klinikal.

Mengulas lanjut, kata Dr Ahmad Samhan, pada tahun 2004 pula, paraben ditemui pada tisu kanser payudara yang turut dikaitkan dengan deodoran antipeluh.

“Paraben itu mengandungi bahan seperti hormon estrogen yang lemah iaitu hormon yang diketahui boleh menyebabkan pertumbuhan sel payudara (normal dan kanser),” jelasnya.

Malah, kajian epidemiologi secara terperinci berkenaan isu tersebut yang diterbitkan pada tahun 2002 membandingkan 813 orang wanita dengan kanser payudara.

Dapatan kajiannya mendapati 793 orang wanita tidak mempunyai kanser payudara.Jadi, jelas menunjukkan tidak ada kaitan antara risiko kanser payudara dan penggunaan deodoran antipeluh.

“Setakat ini, kajian klinikal yang dilakukan tidak membuktikan ada kaitan kanser payudara dan deodoran antipeluh,” tegasnya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top