Benarkah 200,000 pekerja industri perkahwinan akan hilang kerja? Jom support mereka dan ini caranya!

Tular berita dari harian metro semalam berkenaan 200,000 pekerja perkahwinan bakal menganggur jika industri ‘mati’.

Perkara ini sememangnya tidak dapat dinafikan apabila berlaku penularan pandemik covid-19 sehingga pihak kerajaan terpaksa membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan banyak bisnes terutamanya industri perkahwinan mengalami kerugian agak besar.

Ini berlaku apabila PKP dialancarkan, maka semua aktiviti majlis perkahwinan sekaligus terpaksa ditunda. Bukan itu sahaja, sesi fotografi dan videografi pengantin juga turut terpaksa ditunda.

Oleh sebab itu, ada sesetengah pengantin yang telah membuat booking, membatalkan tempahan dan ada juga yang meminta refund. Secara tidak langsung pihak perancang perkahwinan terpaksa memulangkan semula bayaran tempahan tersebut. Namun begitu, ada juga sesetengahnya yang bersetuju untuk menunda ke satu tarikh setelah mendapat kelonggaran pada syarat PKP.

Ini satu perkara yang menyedihkan dan merisaukan bagi penggiat industri perkahwinan termasuk perancang perkahwinan, pengusaha katering, pengusaha andaman, jurufoto dan juruvideo perkahwinan.

Jadi, bagaimana untuk menghidupkan kembali industri perkahwinan?

Disinilah sokongan dari setiap masyarakat diperlukan. Bagi anda yang bakal berkahwin dan bertunang bolehlah membuat tempahan pakej mengikut kemampuan anda. Pelanggan mungkin boleh berbincang dengan pihak industri mengikut bajet yang ada. Dengan cara ini, anda secara langsung memberi ruang bisnes kepada mereka agar terus beroperasi.

Bagi pihak penggiat industri perkahwinan pula, inilah masanya untuk membuat pelbagai promosi dan pakej yang menarik serta berbaloi agar dapat beri lebih pilihan dan peluang kepada bakal pengantin. Pada waktu sukar, pastinya ramai bakal pengantin dan keluarga akan lebih memilih kepada pakej yang terendah.

Dengan cara ini, ianya dapat memastikan bisnes tidak terus mati.

Bagi pihak kerajaan pula, diharap dapat segera menetapkan atau melonggarkan syarat perkahwinan pada masa segera agar ianya dapat membantu penggiat industri perkahwinan dapat meneruskan mata pencarian mereka.

Kerajaan juga perlu segera menyelaras prosedur operasi standard (SOP) baharu khas untuk majlis perkahwinan memandangkan kes baharu jangkitan covid-19 juga semakin menunjukkan penurunan.

Sama-samalah kita berdoa agar keadaan kembali kepada sedia kala dan pandemik covid-19 berakhir dengan segera.

*Kepada bakal pengantin yang tercari-cari fotografi dan videografi cantik, memuaskan dan pakej yang berbaloi boleh hired Sweetpictures . Hasil dorang terbaik!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart