Bawah RM40 saja dah boleh hasilkan almari pakaian terbuka macam ini

Menjadi trend, almari pakaian terbuka dikatakan sangat praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Dengan harganya yang murah, sangat berbaloi kalau membelinya.Tapi adakah kamu tahu sebenarnya almari pakaian terbuka ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan beberapa barangan dari MR. DIY yang menelan kos sekitar  RM30 hingga RM40.

Sesuai sangatlah untuk kamu yang mempunyai pakaian yang banyak, tidak tahu mahu menyimpan di mana dan ingin berjimat, apa kata kamu cuba idea ini.

Barang-Barang:

  • Paip PVC (11 Batang)
  • Paip Elbow (10 pcs)
  • Paip TSocket (6 pcs)
  • Cable Tie (1 paket)
  • Fitting D/E Socket (2 pcs)
  • Bakul (6 bakul)

(Tips: Untuk mengurangkan kos lagi, bakul boleh dicari di kedai ECO.)

Cara-Caranya:

  • Sambungkan paip PVC dengan menggunakan paip elbow dan T-Socket sehingga membentuk seperti sebuah rak.
  • Kemudian, susun bakul-bakul di ruangan di antara paip PVC.
  • Akhir sekali, ikat bakul pada paip PVC menggunakan cable tie.

Hasil DIY Syazwan Ramli..😘 terima kasihh

Sejak kami sewa rumah kami tkda almari. Ada la almari 2pintu time ekin bujang dulu.. sekarang 3 org dah mana muat selalu lipat2 susun atas lantai bilik blkng.. nak beli almari mahai nauu laki kerja sorg oii.. so terfikir laa nk buat mcm ni.. dlm rm30-rm40 je sebiji.. boleh kami suruh laki kami buat dalam 2 3 biji hahah ( DIY ni utk bahagian penyangkut sgt elok laa utk baju baby o anak2 kalau baju kita ni berat 😁)

Barang yang kami gunaa:

PVC paip 11batang (rm1. 60/sbtg DIY Balik pulau)
Elbow paip 10pcs (rm0. 41/pcs DIY Balik pulau)
T-Socket paip 6pcs (rm0. 66/pcs DIY Balik pulau)
Cable tie (1paket rm2. 56/ sepeket DIY Balik pulau)
Fitting D/E socket 2pcs (rm0. 47/1pcs DIY Balik pulau)
(👆🏻socket fitting ni untuk sambungkan bagi penyangkut tu bg tinggi sikit dalam gambar ni kami tkbuh lg)
Bakul 6pcs ( rm2. 10 Eco dekat Relau)

Mudahkan caranya? Dengan harga rak baju di kedai perabot, kamu boleh hasilkan lebih daripada 3 almari pakaian terbuka.

Selamat mencuba!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top