Petua Bangun Tidur Cantik Luar dan Dalam, 10 Rahsia Yang Ramai Wanita Kecundang

Tengok pelakon dalam drama bila bangun pagi muka berseri-seri kita jadi cemburu bukan? Realitinya tidak begitu. Setiap wanita pasti mempunyai masalah untuk memastikan dirinya cantik setiap kali bangun tidur.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda petua untuk bangun tidur cantik luar dan dalam khusus bagi wanita sekalian.

Tips apabila bangun tidur cantik luar & dalam

Wanita perlu faham, istilah cantik itu bukanlah dari pandangan mata orang luar semata-mata. Makna cantik itu sangat subjektif, dan merangkumi luaran dan dalaman seseorang.

Bagaimana kita berasa bangun tidur cantik setiap hari, ia akan memberi pengaruh yang sangat ketara kepada diri kita keseluruhannya. Berikut ini kami kongsikan petua untuk membantu wanita apabila bangun tidur cantik sentiasa.

1. Amalkan pengambilan air yang cukup

bangun tidur cantik

Air penting dalam kehidupan manusia. Bukan sahaja sebagai sumber kehidupan, bahkan air juga mengandung nutrien yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan sekaligus menjadikan kulit lebih glowing dan tidak nampak kusam.

Pengambilan air yang cukup pada waktu siang juga dapat mengelakkan dehidrasi. Kita disarankan untuk minum sebanyak 1 liter air bagi setiap 25 kilogram berat badan.

2. Peka dengan kebersihan wajah

Jangan sesekali cuba untuk ke katil seusai saja pulang dari mana-mana. Hal ini kerana, dengan badan yang letih dan katil yang empuk sudah semestinya mata akan terbuai untuk lelap.

Maka teruslah kita tertidur dengan muka yang masih ber-make up, kotor, dan berminyak. Bangun pagi nanti jangan terkejut kalau jerawat nakal mulai muncul di kulit wajah.

Untuk membersihkan muka sebenarnya mudah sahaja, gunakan pembersihkan yang terbaik bagi menghilangkan kotoran pada kulit kita.

Jika ada memakai alat solek, gunakan pula pembersih wajah khusus untuk membuang kotoran solekan pada wajah kita.

3. Dapatkan tidur yang cukup

Terlalu lama tidur boleh menyebabkan badan lembik, lemah, dan malas. Namun kurang tidur juga memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan.

Sebaiknya, dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam setiap hari. Tidur yang cukup dapat menjadikan kulit segar dan lebih menawan.

4. Kawal pengambilan garam

Bengkak atau wajah yang sembap setiap kali selepas bangun tidur sering dikaitkan dengan pengambilan garam berlebihan. Gejala ini dikategorikan sebagai hypothyroidism atau hipotiroid.

Oleh yang demikian, elakkan dari pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti mi segera, bergoreng atau sebagainya.

5. Segelas air lemon sebelum tidur

bangun tidur cantik

Vitamin C pada air lemon sangat bagus membantu tubuh badan untuk melawan penyakit. Sungguhpun tidak terdapat kajian khusus tentang kebaikan air lemon.

Namun banyak bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan lemon dan juga air kosong mempunyai banyak faedah.

6. Gunakan pelembap wajah

bangun tidur cantik

Muka yang bersih sahaja tidak cukup untuk penjagaan wajah yang lengkap. Jangan lupa untuk pakai pelembap wajah.

Menurut kajian, kulit kita amat aktif ketika tidur pada waktu malam. Justeru itu, ambil langkah tepat ini untuk menggunakan pelembap yang terbaik dan biarkan ia pada kulit apabila kita tidur.

7. Gunakan pelembap bibir

Muka bersih sahaja tidak sempurna jika tidak mempunyai bibir yang munggil dan cantik. Apa kata anda gunakan sahaja pelembap bibir setiap kali sebelum tidur.

Soal harga jangan risau, kerana banyak produk pelembap bibir yang dijual di pasaran dengan harga yang murah untuk anda dapatkan.

8. Jaga penjagaan gigi

bangun tidur cantik

Kebersihan gigi memberi kesan kepada banyak masalah kesihatan serius yang lain. Pernahkan anda terfikir mengapa sangat penting untuk kita memberus dan flos gigi pada waktu malam?

Kajian mengatakan bahawa kuman sangat aktif pada waktu malam. Justeru itu memastikan kebersihan gigi sentiasa terjaga tentunya memberi senyuman yang menawan di waktu pagi.

9. Masker sebagai teman malam

Pemakaian masker pada waktu malam secara rutin bukan sahaja mampu merawat dan menutrisi kulit, malah berguna juga untuk releks dan melepaskan stress setelah seharian beraktiviti.

10. Sikat rambut sebelum tidur

Masalah rambut kusut masai setiap kali bangun pagi sering kali menghantui wanita yang berambut panjang. Terlalu kerap rambut kusut pula akan berisiko mewujudkan kerosakan rambut yang lebih teruk.

Apa yang boleh kita buat untuk elak masalah ini berlaku adalah dengan menyikat rambut setiap kali sebelum tidur. Gunakan berus sikat yang besar untuk memastikan rambut kusut dapat terurai dengan kemas.

Diharapkan artikel berkenaan tentang petua penjagaan diri wanita agar bangun tidur cantik luar dan dalam ini dapat memberikan anda semua informasi yang menarik untuk diikuti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart