Bosan Dengan Fesyen Yang Ada? Ini 10 Pilihan Baju Pengantin Lelaki Terkini Untuk Digayakan Di Majlis Pernikahan

Kita selalu kalut memikirkan baju pengantin perempuan atau gaun kembang yang menarik bagi pengantin perempuan, tetapi kita lupa kepada baju pengantin lelaki. Baju pengantin lelaki sama pentingnya dengan baju untuk perempuan kerana pengantin mestilah sepadan gayanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Namun tidak dinafikan oleh kerana sesetengah sikap lelaki yang tidak merasakan ianya satu isu yang rumit untuk difikirkan menyebabkan mereka mengkategorikannya sebagai sesuatu yang “asal ada”.
Justeru, kita sebagai pasangannya haruslah peka dengan hal ini. Buat pemilihan yang sesuai sebelum membeli baju pengantin lelaki agar kedua-duanya tampak elok ketika berada dalam majlis perkahwinan itu nanti.
Tips pemilihan baju pengantin lelaki sebelum tempah
Sungguhpun bakal pengantiin dinasihatkan untuk segera membuat tempahan baju pengantin lelaki atau perempuan, tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengetepikan soal tips pemilihan yang terbaik sebelum membeli.
1. Jangan malas pergi ke butik pengantin
Walaupun kita boleh melihat pelbagai design menarik baju pengantin lelaki mahupun perempuan menerusi skrin di telefon sambil duduk bersantai di sofa, namun jangan ketepikan soal pentingnya membeli secara langsung atau bersemuka dengan pemilik kedai tersebut.
Kos membuat, menyewa, atau menempah baju untuk perkahwinan bukanlah murah. Justeru kita seharusnya perlu menjadikan ia sebab untuk memaksa diri berkunjung sendiri ke butik-butik pengantin yang menjadi pilihan.
Warna baju dibalik pencahayaan lampu mungkin berbeza jika kita lihat sendiri ketika di butik. Malah datang ke butik membolehkan kita dan pasangan melihat dengan saksama, menyentuh, merasai, dan memakainya secara terus sebelum membuat pilihan.
2. Tentukan warna yang dimahukan
Sebelum buat keputusan untuk beli baju pengantin lelaki atau perempuan, pastikan dahulu kita telah mencapai kesepakatan warna yang dimahukan. Cara ini dapat menjimatkan lebih banyak masa dalam urusan memilih warna, design, dan sebagainya.
3. Tentukan tema majlis perkahwinan
Jika faktor warna penting, bagi tema majlis ia juga sama mustahaknya. Ditambah kebanyakan majlis perkahwinan moden hari ini mempunyai variasi campuran tema yang sangat unik, kita dan pasangan seharusnya perlu menetapkan satu atau beberapa tema yang boleh dipadankan dengan busana pengantin itu nanti.
4. Mesti cuba baju yang dahulu
Jumpa sahaja baju pengantin lelaki yang berkenan di hati dan cocok di mata, jangan terus setuju untuk membelinya. Sebaliknya pastikan kita cuba dahulu baju tersebut di fitting room yang ada disediakan.
Ada kalanya baju yang kita nampak itu cantik pada pandangan mata namun tidak selesa apabila di pakai lama. Mungkin kerana faktor material kain yang keras, kasar, atau tidak serap peluh. Pastikan apa jua keputusan yang anda ambil tidak mempunyai alasan untuk berpatah kembali.
5. Ambil ukuran badan dengan betul
Saiz baju jangan dipandang remeh lebih-lebih lagi baju pengantin. Sesetengah butik boleh buat “alteration” atau “fitting” untuk disesuaikan dengan bentuk badan pengantin perempuan atau lelaki.
Tetapi anda harus bertanya ubah suai yang bagaimana selari dengan bentuk tubuh sendiri. Baju pengantin lelaki biarlah tidak nampak sendat dan singkat apabila dipakai. Sedangkan baju pengantin perempuan biarlah membangkitkan seri wajah dan kelihatan anggun.
6. Setiasa update perkembangan baju yang ditempah
Pihak butik akan mengambil sedikit masa untuk menyiapkan tempahan baju kita. Namun jangan dibiarkan begitu sahaja. Pastikan sentiasa ikuti perkembangan baju yang ditempah itu dari semasa ke semasa untuk mengelakkan masalah berlaku di kemudian hari.
Koleksi baju pengantin lelaki terkini yang awesome!
Terdapat pelbagai koleksi baju pengantin lelaki yang menjadi trendy di laman sosial hari ini. Sama ada golongan selebriti, orang ternama, mahupun masyarakat biasa, masing-masing mempunyai citarasa yang cukup membuatkan diri si pemakai berseri-seri ketika menjadi raja sehari.
Berikut adalah variasi jenis baju pengantin lelaki yang boleh anda semak dan buat pilihan.
1. Baju nikah lelaki songket
Kain songket yang biasanya agak sarat namun apabila dipadankan sebagai baju melayu simple untuk acara pernikahan pengantin ianya tetap tampak elegan.
2. Baju Melayu songket cekak musang
Rekaan Baju Melayu Cekak Musang dengan material kain songket memang menampakkan ketulenan ciri-ciri tradisional yang menarik kepada si pemakai.
3. Baju Melayu moden
Baju Melayu moden agak unik kerana ia direka tanpa ada pesak untuk menampakkan elemen slim fit agar baju pengantin lelaki kelihatan segak dan kemas.
4. Prince suit
“Prince charming” bersedia menghadap “tuan puteri”. Seakan-akan konsep tema perkahwinan fairytale, prince suit yang popular sebagai baju pengantin lelaki terkini kekal sempurna dengan sentuhan magis yang tersendiri.
5. Baju Melayu songket blazer
Sekali pandang rekaan Baju Melayu Songket Blazer ini seakan-akan sama dengan Baju Melayu biasa. Namun penambahannya ketara dari pemakaian blazer songket yang unik dan tampak bergaya.
6. Baju dhoti kurta
Gemar akan tema perkahwinan ala Bollywood, baju dhoti kurta untuk pengantin lelaki mungkin pilihan yang sesuai untuk anda cuba. Kurta adalah pakaian tradisional yang penting bagi orang India. Ia boleh digayakan bersama kain ataupun seluar.
7. Tuxedo
Perkahwinan ala Inggeris menampikan busana tuxedo daripada kain satin memang sangat elegan apabila dipadankan dengan kasut kulit berkilat.
8. Baju Melayu cekak musang
Baju Melayu Cekak Musang asli dengan material kain sederhana digemari oleh kerana kolarnya yang tinggi dan mencekak leher. Ia mempunyai lima kancing iaitu tiga kancing pada bahagian bawah leher manakala dua kancing lagi pada bahagian leher.
9. Baju pengantin Jawa
Dari tradisi Melayu kita ke Jawa pula, baju pengantin Jawa menjadi viral tahun ini setelah selebriti Sweet Qismina dan Adam Lee mengayakan dalam tema malam berinai.
10. Baju Melayu teluk belanga
Keunikan busana Baju Melayu Teluk Belanga terserlah dari pemakaian oleh lelaki dari negeri Johor sendiri. Bentuk lehernya yang bulat dan hanya satu butang di bawah leher memberikan keunikan dan keselesaan yang tersendiri.
Diharapkan artikel berkenaan dengan baju pengantin lelaki ini dapat memberikan anda semua khususnya bakal pengantin di luar sana yang masih tercari-cari busana yang sesuai, sedikit pengetahuan yang bermanfaat dan informasi yang berguna.
Momen bergelar raja sehari hanya seketika, justeru pakailah sesuatu busana yang memberikan memori dan kenangan yang indah untuk anda abadikan sepanjang perkahwinan itu nanti.
Artikel Berkaitan:
- Rare! Pengantin Nikah Dengan Baju Warna Hitam Dapt Pujian Netizen
- Warna Tema Baju Pengantin Yang Tidak Lapuk Dek Zaman
- 10 Butik Pengantin “Recomended” Sekitar KL Yang Mampu Buat Perkahwinan Impian Anda Satu Kenyataan