10 Butik Baju Nikah Plus Size Di Selangor Yang Buat Pengantin Rambang Mata

Pengantin yang berbadan “comel” akan rasa insecure bila mana mahu mengayakan busana pengantin di butik-butik yang mereka pergi. Kadang kala kita terpaksa mengetepikan baju yang kita minat oleh kerana tiada saiz yang tersedia untuk badan kita. Memang sukar mendapatkan baju nikah plus size yang betul-betul menitikberatkan soal design yang menarik dan cantik.

Jangan risau! Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda butik baju nikah plus size di sekitar Selangor untuk anda kunjungi.

1. Woby Bridal

baju nikah plus size

Woby Bridal adalah butik pengantin yang cukup popular di Kajang dengan menyediakan perkhidmatan perkahwinan. Antara servis yang ditawarkan termasuklah sewaan baju pengantin, custom made baju pengantin, baju sanding, baju nikah dan baju tunang untuk kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

Menariknya, ada juga koleksi baju nikah plus size untuk lelaki dan perempuan dari pelbagai jenis design yang menarik buat anda rambang mata. Bukan itu sahaja, jika anda masih binggung memikirkan pakej perkahwinan yang lain, di sini ada disediakan pakej dekorasi pelamin dan andaman.

Alamat: 11-1, Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: Ahad – Khamis (10,30am -6.30pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

2. PP Signature Bridal

baju nikah plus sizePP Signature Bridal Studio menyediakan perancang perkahwinan All-In One. Apa sahaja perkhidmatan perkahwinan yang anda perlukan bermula dari baju pengantin, baju formal, baju bridemaid, dekorasi pelamin, katering, dewan perkahwinan & event, jurugambar, inspirasi, vendor dan banyak lagi menanti di sana.

Lebih dari 100 koleksi baju untuk anda pilih. Memang gorgeous habis!

Alamat: 13A-1, Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10.30am – 7pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

3. That White Dress

baju nikah plus size

Tema perkahwinan ala western atau warna tema serba putih memang memberikan tarikan yang tersendiri kepada majlis perkahwinan seseorang. Suit dan bow tie bagi lelaki akan dipadankan dengan gaun putih suci untuk perempuan.

Selama lebih 10 tahun dalam mereka baju pengantin, That White Dress terus cemerlang sebagai Top Designer Bridal Gown Specialist di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Bagi muslimah, anda jangan risau kerana ia memang memberikan sewaan pakej yang sesuai untuk anda dengan rekaan muslimah, berlengan panjang, dan pastinya ukuran plus size yang perfect!

Alamat: 15-2, Jalan PJU 1/3g, Sunway Mas Commercial Center, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10am – 6pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

4. D’Rampai Butik Pengantin

baju nikah plus size

D’Rampai Butik Pengantin merupakan salah satu dari butik yang menyediakan baju nikah plus size di area Selangor. Banyak promosi yang ditawarkan dari normal size sehingga ke plus size. Memang menjimatkan di tambah banyak aksesori busana yang boleh anda pilih.

Servis di sini termasuklah pakaj perkahwinan, pelamin, solekan, hantaran, jahit baju nikah sanding, sewa baju nikah sanding, dan perancang perkahwinan.

Alamat: No 1, 1a, Jalan Harmoni Indah 1, Taman Harmoni Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10am – 6pm)

Laman sosial: Facebook | Instagram

5. Eyra Fadz Wedding

baju nikah plus size

Siapa yang tidak kenal dengan Eyra Fadz dalam dunia bridal. Pernah tular dengan video belakang tabir yang memaparkan dirinya lengkap berpakaian busana pengantin sedang menjalani photoshoot underwater.

Eyra Fadz Wedding menyediakan perkhidmatan sewaan baju dan pakej perkahwinan murah. Kalau anda datang sendiri ke butik mereka memang puas hati.

Banyak pilihan warna dan tema yang boleh dipilih dengan design khas atau tempahan baju custome. Bagi yang kurang selesa dengan saiz baju pengantin yang dipakai, jangan risau kerana di sini juga disediakan servis alter kecilkan dan besarkan baju plus size.

Alamat: 9-2, Square II, 9-2, Jalan PJS 3/59, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10.30am – 6pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

6. Lestary Wedding

baju nikah plus size

Baju nikah plus size koleksi gaun baru dari Lestary Wedding memang betul-betul mengancam. Buat kita yang berbadan “comel” ini rasa konfiden bila naik atas pelamin.

Saiz ukuran dada sehingga 54 inci. Lebih 35 koleksi baju pengantin saiz besar dengan design yang cantik, selesa, dan sesuai mengikut potongan badan anda.

Alamat: Jalan 23/141, Kampung Malaysia Tambahan, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Laman sosial: WebsiteFacebook | Instagram

7. Butik Sri Pengantin Shakira

Orang area Kapar, jom singgah ke Butik Sri Pengantin Shakira. Di sini disediakan pakej semurah RM1,300 sahaja siap dengan pelamin mini, baju pengantin lelaki perempuan, mekap, dan gerbang.

Menariknya, pengantin yang buat tempahan dengan butik ini bukan sahaja warga Selangor tau. Malah bakal pengantin dari Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Sarawak, Johor, dan yang jauh pun ramai.

Baju nikah plus size versi songket yang susah orang cari pun ada. Sebut sahaja hendak warna apa dan design macam mana, Butik Sri Pengantin Shakira akan sediakan untuk anda.

Alamat: Jalan Kapar, Taman Sungai Kapar Indah, 42200 Kapar, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10.30am – 6pm & 10am – 6pm)

Laman sosial: WebsiteFacebook | Instagram

8. Qembara Bridal

baju nikah plus size

Dekat mana boleh dapatkan baju nikah plus size yang designnya cantik dan tidak membosankan? Tentunya di Qembara Bridal.

Di sini, mereka menyediakan busana pengantin dengan design yang cantik dan menarik. Paling penting tersedia untuk semua size dari standard size hingga 5XL plus size.

Alamat: No 29-1, Jalan Lep 1/1B, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Laman sosial: Facebook | Instagram

9. D’Cabin Boutique

baju nikah plus size

Mengutamakan konsep reka dan jahit sendiri, D’Cabin Boutique unik sebagai butik pengantin yang menawarkan harga berpatutan untuk anda cuba.

Alamat: Lot 3903, Jalan Mawar, Kampung Sungai Kelambu, 42700 Banting, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10am – 10pm)

Laman sosial: Facebook

10. Hasifhafiz Boutique

baju nikah plus size

Satu lagi butik pengantin plus size untuk warga Shah Alam. Hasifhafiz Boutique memberikan sentuhan luar biasa untuk rekaan baju nikah plus size anda dan banyak lagi koleksi busana lelaki mahupun perempuan untuk anda pilih.

Alamat: Alam Avenue, 1, Jalan Serai Wangi H 16/H, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (11am – 6pm)

Laman sosial: WebsiteFacebook | Instagram

Jangan lupa masukkan semua senarai butik yang menyediakan baju nikah plus size tadi ke dalam senarai persediaan kahwin anda. Kita semua berhak untuk bergaya, berfesyen, dan kekal cantik walau dimana-mana lebih-lebih lagi di majlis perkahwinan sendiri.

Bila kita selesa dengan penampilan diri, kita akan konfiden untuk lakukan apa pun jua. Good luck!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart