Baik buruk apabila si isteri bergaji besar, pasangan perlu sedar pro dan kontra

Zaman sekarang, kos sara hidup di bandar makin meningkat. Jika isteri tidak bekerja dan membantu suami menyara kehidupan, alamatnya makan pasir sahaja. Inisiatif isteri bekerja dan membantu keluarga adalah sangat diharapkan oleh suami. Tapi, apabila si isteri bergaji lebih besar dari suami pula akan mendatangkan isu yang kurang senang dalam rumah tangga.

KELEBIHAN

Membantu Suami

Apabila si isteri bergaji lebih, dapatlah membantu suami menyara keluarga. Almaklumlah kos sara hidup sekarang ini makin meningkat, jadi suami tentu gembira bila isteri boleh sama-sama membantu menyasara kehidupan.

Berdikari

Kebiasaannya isteri yang bergaji besar ini lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan suami. Bila isteri berdikari, kepala suami pula tidak serabut.

KEBURUKAN


Queen Control
Hal ini tidak mustahil berlaku, bila isteri bergaji besar, sudah tentu wang isteri yang banyak berbelanja untuk keluarga. Apabila hal ini berlaku, isteri akan rasa berkuasa dan mula jadi queen control.


Maruah
Kena family yang ambil kisah hal ini, mulalah ada kata-kata yang tak sedap didengar. Maruah si suami mungkin akan sedikit tercalar membuatkan suami berasa rendah diri dan tidak selesa akan keadaan ini.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart