Bagaimana menjemput jodoh yang soleh dan solehah?

Jodoh merupakan orang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk menjadi pasangan kita kelak. Di dalam Al Quran juga, Allah telah menegaskan bahawa manusia diciptakan berpasang-pasangan. Lelaki yang soleh akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah juga, dan juga sebaliknya.


Bagi setiap manusia, mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah adalah perkara yang sangat diimpikan. Bahkan juga, mereka yang tidak bagus akhlaknya juga menginginkan mereka yang soleh/solehah dalam dijadikan calon isteri atau suami. Namun, ianya jelas bahawa mendapatkan jodoh yang soleh/solehah adalah bukan sesuatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang serba bebas ini, ramai lelaki mahupun perempuan tidak mengikuti syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi, sebenarnya ada beberapa cara yang dapat dilakukan oleh lelaki dan wanita dalam memperoleh jodoh yang soleh dan solehah.

Apakah caranya?

Berikut adalah beberapa tips yang kami dapat kongsikan:

Niat yang benar

Perkara pertama yang harus dilakukan untuk memperoleh jodoh yang sole dan solehah adalah dimulai dengan niatnya kerana Allah. Dalam Islam, niat merupakan perkara yang paling utama yang dinilai, selain itu, niat juga akan mempengaruhi setiap perbuatan yang dilakukan kelak. Sebelum memulakan pencarian dalam mencari jodoh, pastikan niat itu betul, yakni untuk menikah. Pastikan juga tentang niat itu adalah kerana untuk mendapat keredhaan Allah SWT, dan mengikuti sunnah Rasulullah yang telah ditetapkan untuk menyempurnakan iman.

Memperbaiki diri

Seperti yang kami pernah kongsikan dalam entri-entri sebelum ini, hadis ada mengatakan bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya. Oleh itu, sekiranya seorang lelaki mahukan wanita yang solehah untuk dijadikan pasangan hidup mereka, mereka juga harus memperbaik diri mereka untuk menjadi lelaki yang soleh. Memperbaiki kelemahan yang ada mampu membuatkan seseorang menjadi lebih baik pada masa akan datang. Sentiasa dekatkan diri kepada Allah.

Sentiasa berdoa

Ingat, apa jua yang dilakukan, kalau tanpa redha Allah, ianya pasti akan menjadi sukar. Berdoa adalah salah satu perkara wajib yang harus diamalkan. Jangan putus asa dalam berdoa. Sebaiknya, teruskan berdoa sehingga Allah mengabulkannnya. Namun, sekiranya doa itu masih belum terkabul, ianya mungkin ada beberapa kemungkinan yang patut kita fikirkan. Pertama, Allah sedang menunda, kedua, Allah menggantinya dengan yang lebih baik dan ketiga, mungkin ada yang salah doa yang sering diucapkan tersebut. Tetapi, yakinlah bahawa Allah akan mengabulkan doa tersebut. Sentiasa ikhlas dalam berdoa.

Memperbanyakkan ibadah sunat

Bukan hanya sentiasa berdoa, malah memperbanyakkan juga ibadah sunat seperti melakukan solat sunat dhuha, solat tahajjud. Selain itu, lakukan juga amalan lain seperti membaca Al Quran, bersedekah, puasa sunat, dan sebagainya. Insha Allah, selepas melakukan amalan sunat tersebut mampu memudahkan urusan kita dalam mencari suami/isteri yang soleh dan solehah.

Tawakal

Jika sudah mengamalkan semua perkara di atas, tetapi masih juga tidak dipertemukan jodoh oleh Nya, tawakal dan pasrah kepada keputusan Allah. Namun ingat, tawakal harus dilakukan setelah kita sudah melakukan semua usaha tersebut. Berusahalah melakukan semua ini barulah selebihnya kita serahkan pada Allah SWT.

Demikian adalah beberapa tips dalam menjadi suami atau isteri yang soleh dan solehah. Sebelum kita mengejar sesuatu yang sempurna, pastikan diri kita terlebih dahulu sempurna di mata orang lain. Jangan hanya mahukan yang sempurna sahaja sedangkan diri sendiri masih lagi terkial-kial! Wallahualam.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart