Bagaimana menjaga hubungan perkahwinan ‘PJJ’?

Apa itu PJJ?

PJJ itu bermaksud Perkahwinan Jarak Jauh. PJJ biasanya berlaku pada suami isteri yang yang terpaksa tinggal berasingan atas tuntutan kerja. Seperti contoh isteri seorang guru yang ditugaskan di Sabah atau Sarawak manakala suami pula seorang tentera yang ditugaskan di pedalaman. Mereka hanya akan berjumpa 3 atau 6 bulan sekali ataupun pada cuti perayaan sahaja.

Hanya mereka yang kental sahaja dapat melalui dugaan perkahwinan jarak jauh seperti ini. Yelah, bukan mudah nak lalui berkahwin tapi tidak dapat hidup bersama.

Dalam menjaga hubungan jarak jauh, suami isteri perlulah reda dan sabar. Sentiasa bermohon pada Allah agar dipermudahkan urusan pertukaran.

Kami kongsikan tips menjaga hubungan jarak jauh bagi suami isteri.

#1) Menerima dengan hati terbuka

Setiap pasangan perlu menerima segala yang berlaku sebagai takdir. Pasti ada kebaikan dan hikmah mengapa mereka terpaksa berjauhan selepas berkahwin. Lihat dari sudut yang sangat positif dan berusaha untuk menyatukan semula keluarga jika ada peluang bertugas di negeri dan tempat yang sama dengan pasangan.

2) Gunakan masa berkualiti bersama

Jika selalu berjauhan, sesekali pulang ke rumah pasangan. Pastikan anda menggunakan masa dengan berkualiti. Habiskan masa yang berkualiti bersama isteri dan anak-anak dan lakukan aktiviti bersama supaya ia dapat mengeratkan silaturahim dalam keluarga serta ikatan kasih dalam keluarga dapat dikukuhkan lagi. Buat aktiviti yang boleh melibatkan seluruh ahli keluarga seperti isteri suami dan anak-anak.

Long distance relationship

3) Yakin dengan kesetiaan

Setiap pasangan yang terpaksa melalui PJJ mesti yakin pada isteri atau suami masing-masing. Apa yang kita fikirkan adalah doa. Sekiranya kita fikir baik, maka baiklah juga yang kita peroleh sebaliknya jika kita fikir yang buruk, buruk juga yang kita dapat.

4) Kerap berkomunikasi

Di zaman serba moden dan teknologi yang canggih, berpisah beribu batu dapat dihubungkan dengan teknologi canggih seperti telefon, Internet, skype dan E-mel. Penggunaan teknologi dapat merapatkan hubungan suami dan isteri. Hubungi pasangan sekerap yang boleh. Bertanya khabar dan sentiasa meluangkan masa untuk bersms dan bercakap dengan pasangan melalui telefon dan sebagainya.

5) Sentiasa berdoa

Melalui fasa perkahwinan PJJ memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan diri. Sentiasa melihat sesuatu dari sudut kebaikan dan sentiasa berdoa. Satu senjata yang paling kuat bagi orang yang terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan ialah doa dan sentiasa dekatkan diri pada Allah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top