Awas! Jangan abaikan simbol yang ada pada produk kecantikan

Bukan hanya makanan sahaja yang ada tamat tempoh, barangan solekan dan perawatan wajah juga ada tamat tempohnya.Mungkin sebelum ini kita seakan tidak ambil kisah kerana beranggapan bahawa barangan solekan dan perawatan wajah nampak masih elok, jadi boleh sahaja terus menggunakannya tanpa menyedari ia boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.


Sebenarnya sama seperti makanan, produk solekan dan perawatan wajah ada tarikh tamat tempohnya.
Berikut perkongsian dari Merve Cosmetics Malaysia.


Pernah atau tidak anda terfikir akan tarikh luput produk mekap yang ada di atas meja solek anda?

Mungkin sebelum ini kita tidak ambil pusing langsung, selagi rupa bedak asas dalam botol itu nampak cantik dan tidak berubah teksturnya, selagi itulah kita akan pakai.


Periksa sebelum terlambat!


Mungkin ada juga yang tidak tahu apa akan terjadi apabila kita menggunakan barang solekan yang sudah tamat jangka hayat penggunaannya.


Pertama sekali, kamu harus tahu jika sesuatu mekap itu melebihi tarikh luputnya, ia tidak akan lagi menghasilkan manfaat sesuatu produk itu ke atas kulit wajah kita.

Sebagai contoh, bedak asas yang memiliki manfaat SPF mungkin tidak akan berkesan dalam melindung kulit wajah daripada sinar matahari kerana ia sudah melepasi tarikh luput.


Begitu juga terhadap produk-produk penjagaan wajah yang memiliki bahan kandungan seperti asid salicyclic atau retinol yang membantu merawat jerawat serta kedutan halus pada muka.


Jika anda memakai produk melebihi tarikh luput sudah tentu akan menunjukkan kesannya yang ketara pada kulit wajah.


Jangan pandang remeh kerana ia boleh membinasakan kulit wajah anda.


Setiap molekul yang terkandung dalam produk kecantikan ini boleh berubah menjadi sesuatu yang memberi ancaman kepada kulit wajah apabila mencapai satu masa yang tertentu.


Ia boleh menyebabkan kulit mengalami keradangan yang teruk pada kulit wajah.
Anda juga perlu ingat, kiraan tempoh jangka hayat sesuatu produk itu hanya akan diambil kira setelah anda membuka botolnya bukan seawal saat ia dikilangkan.


Satu cara mudah untuk anda tahu berapa lama tempoh jangka hayat sesuatu produk itu ialah dengan melihat simbol pada produk.


Anda pasti sering terlihat simbol ini pada produk kecantikan. Sebenarnya simbol ini simbol PAO (Period After Opening) dan ia memberitahu pengguna berapa lama tempoh penggunaan sesuatu produk itu.

Seperti gambar, 6M bermaksud 6 bulan dan 8M bermaksud 8 bulan.

Jangka hayat produk kosmetik

Setiap wanita gemar membeli dan mengumpul koleksi mekap dan selalunya hanya dipakai sekali-sekala sahaja.

Sebenarnya produk kosmetik mempunyai tempoh jangka hayat tertentu seperti produk kecantikan kulit.
Tempoh jangka hayat ini bermula sebaik sahaja kita membuka penutup dan menggunakannya.

Berikut panduan tempoh jangka hayat produk kosmetik:

1) Concelar

Sehingga 12 bulan.

2) Bedak kompak atau bedak debu

2 tahun.

3) Krim dan gel pencuci wajah

1 tahun.

4 )Pensil mata atau eye liner pensil

Perlu diasah kerap. Bertahan sehinggga 3 tahun.

5.Pembayang mata atau eye shadow

Bertahan sehinggga 3 tahun.

6)Berus

Basuh setiap 2-3 bulan.

7) Span

Basuh setiap minggu dan buang setiap bulan.

8) Pensil bibir atau lip liner

Sehingga 3 tahun.

9) Pemerah pipi

Sebaik-baiknya hanya boleh digunakan selama 180 bulan sahaja.

10) Minyak wangi

Hanya 96 bulan sahaja bertahan wanginya daripada tarikh dikilangkan. Selepas itu sudah tidak wangi lagi. Kalau wangi pun hanya boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan pada tubuh badan.

Ekstra tip:

Simpan minyak wangi di tempat yang gelap dan tidak terdedah pada cahaya matahari, Ini untuk mengekalkan bau wanginya selama mungkin.


11) Bedak asas

Periksa kandungan. Biasanya bedak asas berasaskan air (water-based foundation) mampu bertahan sehingga 12 bulan, berasaskan minyak (oil-based) bertahan sehingga 18 bulan.

Ekstra tip:
Sekiranya bedak asas berasaskan air anda kering sebelum tempoh “expired”, anda boleh menambah beberapa titis toner bebas alkohol dan goncang. Untuk yang berminyak, tidak perlu ditambah dengan minyak kerana ianya sudah berminyak. Hanya perlu digoncang sahaja.

12) Lipstik
Ramai pakar mengatakan ianya boleh bertahan sehingga 1-2 tahun dan ada juga yang mengatakan 4 tahun. Namun begitu majoriti mengatakan bahawa lipstik tidak boleh digunakan lagi apabila ianya berbau busuk dan berpeluh (macam keluar air).

Ekstra tip:
Sekiranya anda menyimpan lipstik di dalam peti sejuk, jangka hayatnya akan lebih panjang kerana pertumbuhan bakteria terencat.

13) Maskara
Paling cepat “expired”. Buang selepas 4 bulan.

Ekstra tip:
Sekiranya anda ingin maskara anda tahan lama, cuba untuk tidak “pump” aplikator masuk dan keluar dengan kerap kerana udara yang ditolak ke dalam akan menyebabkan maskara cepat kering. Sekiranya kering juga sebelum masanya, cuba rendam botol maskara di dalam air suam untuk mencairkannya.

Ya! bermula sekarang, sentiasa periksa produk mekap anda.

Mungkin sudah masanya untuk anda “restock” meja kecantikan anda dengan produk kecantikan yang baru.

Singkirkan produk kecantikan dan mekap yang sudah tamat tempoh.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart