Awas! 5 Sikap ini buat wanita jadi tak Cantik

Nak jadi cantik senang je, pakai mekap pun boleh cantik. Tapi kalau muka dah cantik, perangai menjengkelkan, terus jadi tak cantik.Cantik bukan hanya pada rupa sahaja, tetapi dari segi peribadi, sikap dan adab seseorang.Jadi, untuk wanita-wanita di luar sana, kena ambil tahu apa 5 sikap yang boleh buatkan anda jadi tak cantik!

1. BANGGA DIRI TERLEBIH-LEBIH

Yakin dengan diri sendiri tak salah tapi jangan over sampai ‘angkat bakul sendiri’. Kalau bangga dengan diri sendiri pun, janganlah sampai kecilkan kebolehan orang lain. Memang anda terus nampak buruk!

2. BERKASAR DENGAN ORANG

Memang ada wanita yang kasar. Tetapi kalau sampai menindas orang lain atau pasangan sendiri, ini boleh merosakkan hubungan. Terpekik-pekik sebab satu kesilapan kecil, agak melampau kan?

3. PEMBOHONG DAN SUKA PUTAR BELIT

Bukan lelaki je yang pandai berbohong, wanita pun pandai sembunyikan rahsia, sampai menipu. Biasanya wanita seperti ini tidak ramai kawan sebab orang dah boleh baca perangai mereka.

4. CEPAT MARAH DAN BARAN

Wanita memang terkenal dengan sikap baran dan moody melampau. Wanita yang mudah marah, cepat kecil hati setiap masa juga tidak begitu disukai orang. Jadi ubah sikap ini jika mahu nampak cantik dan manis.

5. PEMIKIRAN SEMPIT, SEMUA SALAH

Rajinkan diri update ilmu setiap hari, jangan muka je cantik tetapi bila disoal tak tahu nak jawab. Kena ambil tahu dengan isu semasa, berfikiran luas dan boleh menerima pendapat orang lain. Jangan asyik rasa diri sendiri je betul.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart