Apa maksud jodoh? Ini jawapan buat anda yang keliru

Apa maksud jodoh?

Jodoh ni apa maksudnya? Macam mana boleh kata jodoh saat orang itu berkahwin, kemudian bila dimasa depan mereka berpisah, so nak kata apa, takkan nak kata mereka tak de jodoh pulak.

Jodoh ialah sebuah hubungan antara awak dengan si dia.

Tapi hubungan ini kan, awak sendiri tahu, sifatnya bukan ‘Last long’. Sebab itu tidak kiralah berapa lama pun hidup awak didunia, pasti sama ada dia akan tinggalkan awak dulu atau awak yang tinggalkan dia. Tak kiralah. Awak mungkin berpisah mati ataupun hidup. Bergantung. Tuhan lebih mengetahui.

Jadi kalian perlu faham sebenarnya tentang maksud ‘Jodoh’.

Jodoh ialah hubungan awak dengan dia untuk belajar sesuatu tentang kehidupan ni, tentang masalah yang dihadapi dan hikmah ujian yang boleh dipelajari, ujian keluarga pasangan awak, adik beradik pasangan kita, ujian mak mertua dan ayah mertua kita, ujian mencari sesuap nasi bersama, ujian menjadi suami, juga seorang isteri itu sendiri. Menjadi solehah sedangkan suami masih belum soleh.

Jodoh cuma sebuah perhubungan untuk pasangan tu tempuhi bersama dugaan hidup ni. Berdua lebih kuat dari berseorangan sekiranya betul pasangan itu beriman. Cuma nak ceritanya, jodoh ialah tentang hubungan antara awak dengan sidia untuk sama-sama ‘Belajar’ macam mana cara sebenar nak ‘Bangun’ bila dah terduduk dengan macam-macam perkara dalam hidup ni.

Jadi sama ada awak ‘Berkahwin’ atau ‘Bercerai’, jodoh awak adalah jodoh awak. Ia terputus bila perlu, ia tercipta bila tiba.

Jangan fikirkan literal sahaja maksud jodoh, tapi fikirkan betapa banyak yang awak telah ‘Belajar’ setelah hidup berjodoh.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart