Posted on: July 29, 2019 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Orang melayu sememangnya hidup di dalam budaya dan adat yang tidak pernah lapuk dek zaman. Pelbagai adat budaya yang penuh kesopanan menggambarkan tutur budi bicara dan sopan masih menjadi ikutan bangsa melayu. Begitulah bak kata pepatah ‘biar mati anak, jangan mati adat’ sinonim menunjukkan betapa kita menjaga susr galur ada budaya agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.

Begitu juga dengan adat pertunangan dan perkahwinan. Segalanya penuh tertib dan sopan dari proses merisik, meminang, bertunang dan akhirnya disatukan dalam ikatan nikah yang sah.

Kredit: Astro Gempak

Setiap proses penuh adat budaya yang sopan. Kali ini kami kongsikan apa perbezaan merisik, meminang, bertunang dan bernikah.

Merisik

Kredit: Rojak Daily

Menurut kamus dewan, merisik adalah ‘mernyelidik secara diam-diam’ secara menyeluruh. Ianya memperlihatkan seorang lelaki mengunjungi pihak perempuan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai wanita yang bakal disunting menjadi suri hatinya. Namun, ada juga rombongan pihak lelaki datang secara mengejut untuk memeriksa sambil bertanyakan mengenai gerangan wanita yang bakal dinikahi. Ianya bertujuan berkenal-kenalan secara sopan dengan wanita dan keluarganya untuk mengetahui secara lebih dekat adakah wanita yang bakal disunting merupakan pilihan tepat.

Meminang

Kredit: Riaubook.com

Meminang pula bermaksud melamar. Mengikut kamus dewan ianya membawa maksud ‘meminta atau memohon seorang perempuan untuk dijadikan isteri’. Setelah pihak keluarga lelaki setuju untuk menjadikan wanita itu isterinya, maka mereka akan berjumpa pihak perempuan untuk meminang wanita tersebut dengan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda janji sudah diikat antara dua belah pihak.

Bertunang

Kredit: EncikShino.com

Bertunang adalah tanda mengikat janji menjadi suami isteri. Ianya satu proses ikatan sebelum dinikahkan. Kebiasaanya tempoh bertunang mengambil masa 3 bulan keatas. Ada juga pasangan yang terpaksa bertunang lebih dari setahun disebabkan kemungkinan masalah kewangan yang belum mencukupi. Dalam fasa bertunang, kesetiaan setiap pasangan diuji dengan pelbagai dugaan untuk menguji sejauh manakah pasangan ini mampu mengharungi setiap masalah bersama.

Bernikah

Kredit: PREBIU.com

Pernikahan adalah satu ikatan suci dan sah antara seorang lelaki dan seorang wanita. Ada juga pasangan yang mengambil keputusan untuk terus bernikah tanpa bertunang untuk mengurangkan kos dan mengurangkan risiko fasa ‘Darah manis’. Bernikah adalah diwajibkan di dalam islam bagi mengelakkan dosa zina dan ianya perlu untuk mereka yang sudah layak untuk dinikahkan.

Leave a Comment