Alhamdulillah, Sah Neelofa dirisik PU Riz

Tanda tanda hubungan istimewa antara pengacara popular Neelofa, 31, dan pendakwah dan pelakon, Haris Ismail, 25, terus mencuri tumpuan ramai apabila sebuah majlis dikatakan telah berlangsung di kediaman keluarga Neelofa hari ini.

Desas desus tersbeut semakin hangat diperkatakan apabila bekas pengacara MeleTOP itu seolah-olah memberi bayangan tentang majlis tersebut di Instagram Story miliknya beberapa jam belum ia berlangsung.

“Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

“Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini (senyuman di sebalik niqab),” ujarnya.

Ia dikuatkan lagi dengan status dibuat naik ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed di Instagramnya lebih sejam lalu.

“Bismillahhirohmanirohim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim syukurku padamu Ya Rabb. Saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba.

“Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku. Aku yakin dengan ketentuan-MU, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yang akan menyokong setiap apa saja urusannya.

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewa-MU di syurga-MU nanti. Amin.

“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang. Mama love you very much,” tulisnya pada kapsyen gambarnya bersama Neelofa dan PU Riz.

Status tersebut seolah-olah mengesahkan majlis yang berlangsung itu ada kaitan dengan Neelofa dan Pu Riz. Biarpun tidak dinyatakan secara jelas, ramai yang membuat andaian ia merupakan majlis merisik pasangan tersebut.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart