Akad nikah di KL & Putrajaya dibenarkan bermula hari ini

Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini.

Menerusi laman sosial Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi notis makluman yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang.

“Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” tulis beliau menerusi kenyataan itu lagi.

Namun, kebenaran akad nikah tersebut hanya boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sahaja.

Katanya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top