Adat tepung tawar pengantin satu pembaziran? Baca ini…

Adat tepung tawar pengantin satu pembaziran? Baca ini…

Dalam majlis bersanding sudah pasti ada acara ahli keluarga dan sahabat handai menepung tawar pasangan pengantin. Kenapa dan apakah relevannya adat menepung tawar? Tidakkah beras yang dicampak itu dikira membazir. Kalau digunakan untuk buat nasi, kenyang jugalah perut ni kan?

Kredit: youtube UAI

Relevankah menepung tawar dalam islam?

Bagi menentukan hukum perbuatan itu dalam majlis walimah, maka ia perlu diperhalusi dari banyak sudut. Hukumnya perlu dibahagikan kepada dua keadaan.


Pertama, jika acara merenjis atau tepung tawar dilakukan bagi memenuhi upacara pemujaan dan kepercayaan terhadap mitos bahawa amalan itu akan menghindarkan pengantin daripada segala malang oleh manusia atau makhluk halus.

Kredi: robylee


Maka perbuatan itu adalah diharamkan kerana terdapat unsur khurafat yang dilarang.


Kedua, jika acara itu bertujuan meniru budaya golongan bukan Islam maka perbuatan merenjis diharamkan kerana ia punca kepada membudayakan budaya orang kafir dalam sunah walimah.

Kredit: CARI infonet

Harus melakukan acara merenjis jika perbuatan itu hanya sekadar adat Melayu lama yang tidak membawa sebarang erti kecuali ia hanya ingin menunjukkan tanda kegembiraan daripada ahli keluarga terdekat.

Back to Top