Abadikan memori perkahwinan yang indah dengan 5 tips memilih Videografer terbaik

Perkahwinan adalah salah satu kenangan paling indah dalam hidup seseorang. Cara terbaik untuk abadikan kenangan terindah tidak lain dan tidak bukan adalah melalui gambar dan video.

Secara umumnya semua orang boleh mengambil gambar dan video sendiri tetapi bukan semua mampu untuk mengambil gambar atau video dengan baik dan cantik. Ini adalah disebabkan bukan semua orang mempunyai kreativiti dan juga bakat untuk mengambil gambar dan video.

Oleh sebab itulah perkhidmatan fotografer dan videographer perkahwinan diperlukan. Jika kita lihat senario hari ini, tidak kira dalam majlis perkahwinan yang besar, sederhana atau kecil, perkhidmatan fotografer dan videografer pasti akan digunakan.

Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini boleh dianggap satu keperluan untuk melengkapkan sesebuah majlis perkahwinan terutamanya video. Walaubagaimana pun, pemilihan fotografer dan videographer perkahwinan yang betul adalah penting supaya gambar dan video yang dihasilkan memenuhi kehendak pasangan pengantin.

Antara tips memilih videografer adalah seperti berikut:

1.Baca dan tengok portfolio – Ini paling penting sebab portfolio seorang videografer akan menunjukkan hasil kerja videografi yang telah dilakukan sebelum ini. Lebih baik berhubung secara langsung dengan videografer bagi memastikan bahawa perkhidmatan yang dijalankan adalah sah dan wujud.

2.Gaya videografi – Setiap videografer mempunyai gaya dan kekuatan videografi yang tersendiri. Dengan meneliti hasil kerja terdahulu seorang videografer, anda akan dapat lihat gaya videografer tersebut. Sekiranya gaya tersebut memenuhi kehendak anda, maka videografer tersebut bolehlah tersenarai untuk pemilihan menjadi videografer bagi majlis perkahwinan anda.

3.Bincang konsep – Hampir semua majlis perkahwinan mempunyai konsep atau tema tertentu. Sekiranya majlis anda mempunyai tema tertentu, adalah lebih baik untuk anda berbincang dengan videografer kerana ini akan menentukan peralatan yang diperlukan semasa majlis perkahwinan anda.

4.Pakej dan harga – Perkhidmatan videografi datang dengan pelbagai harga dan pakej. Bagi perkhidmatan videografi, pakej biasanya terdiri daripada perkhidmatan rakaman video semasa perkahwinan atau kini ada juga yang menawarkan perkhidmatan video secara langsung semasa majlis perkahwinan berjalan.

5.Tarikh, masa dan lokasi – Pemilihan videographer sepatutnya bermula lama sebelum majlis perkahwinan lagi. Tempahan awal adalah penting untuk memastikan videografer tersebut boleh bertugas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sangat tak digalakkan untuk membuat tempahan dalam jangka masa yang terlalu singkat kerana videografer mungkin tak nak memberikan perkhidmatan yang bersifat ad-hoc.

Begitulah tips memilih videografer untuk majlis perkahwinan. Perkara paling penting, berbincanglah dengan fotografer dan videografer untuk mendapatkan harga dan pakej terbaik serta mengikut bajet anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart