8 Inspirasi mahkota perkahwinan Diraja dan selebriti untuk bakal pengantin

Jika kita lihat kini tidak ramai pengantin menambah aksesori kepala seperti tiara/mahkota lagi. Ini kerana ramai pengantin mahu kekal penampilan yang sederhana dan ringkas. Kalau kita kembali semula zaman 90 an sehingga awal 2000, pelbagai rekaan dan bentuk tiara dibawa oleh pengantin. 

Sinonim dengan panggilan raja sehari, bagi kami si pengantin layak mengenakan tiara. Tapi biarlah ia sesuai dengan tema majlis dan juga busana pengantin anda, takut kelihatan sarat pula.

Kami senaraikan beberapa rekaan tiara yang diinspirasikan dari perkahwinan diraja dan selebriti untuk dijadikan tatapan pembaca. 

1) Puteri Mahkota Sarah Salleh, Perkahwinan Diraja Brunei (2004)

Tiara bersaiz sederhana juga mempunyai perincian ringkas. Bentuk ukiran bunga yang sama cuma bentuk bertingkat tidak kelihatan membosankan. Terletak cantik jika anda sudah memberi dandan berat pada rambut atau hijab. 

2) Amyra Rosli, Perkahwinan Selebriti Malaysia (2016) 

Pengantin muda ini juga bijak memilih tiara serba ringkas dengan perincian berlian halus. Rekaan seperti ini cukup tradisional dengan perkahwinan orang Melayu. Apa yang boleh Wanista ulas lagi, ini pilihan yang selamat untuk anda. 

3) Kate Middleton, Perkahwinan Diraja Britain (2011) 

Perkahwinan tumpuan dunia ini sehingga kini disebut-sebut. Dari atas hingga kebawah penampilan Kate disaksikan berjuta-juta mata penonton. Walaupun ia diangkat sebagai perkahwinan diraja, Kate kekal ringkas dan anggun. Lihatlah tiara yang dipakai oleh si puteri ini, kecil dan tidak keterlaluan tapi tetap menonjolkan seri pengantinnya.

3) Dato’ Siti Nurhaliza, Perkahwinan Selebriti Malaysia (2006)

Kami percaya pasti ramai masih lagi mengimbau perkahwinan penyanyi nombor satu Malaysia ini. Buat pertama kali perkahwinan selebriti yang ditayangkan secara langsung dikaca televisyen. Datuk Siti juga mengenakan pelbagai busana menarik yang berharga ribuan ringgit, begitu juga dengan tiaranya. Bersesuaian dengan tema ‘kisah dogeng’ pilihan tiara yang dipakai oleh beliau berperincinkan ala ratu dan mempunyai batu permata berwarna. 

4) Permaisuri Letizia Ortiz, Perkahwinan Diraja Sepanyol (2004) 

Local Input~ MADRID, SPAIN – MAY 22: Spanish Crown Prince Felipe de Bourbon and his bride Letizia look at each other as the Royal couple appears on the balcony of Royal Palace May 22, 2004 in Madrid. (Photo by Ian Waldie/Getty Images)

Tampak sedikit berbeza dari rekaan tiara-tiara yang lain, Permaisuri Letizia membawakan gaya tiara yang agak ‘serius’ dan berukir geometri. Namun, pada kami ia tetap cantik dan anggun pada si pemakai. Untuk anda yang mencari sesuatu yang baru, mungkin ini patut ada dalam senarai.  

5) Rozita Che Wan, Perkahwinan Selebriti Malaysia (2013)

Siapa yang betul-betul berani dan yakin sahaja boleh membawa rekaan tiara besar ini. Jika diperhatikan rekaan seperti ini banyak dicipta untuk pertandingan ratu cantik. Tak sangka pula Rozita memakainya dengan gah dan cukup sesuai dengan dirinya. Kalau anda suka dengan tiara seperti Rozita, boleh ambil inspirasi dari si jelita ini! 

6) Puteri Mahkota Masako, Perkahwinan Diraja Jepun (1993)

Ketika zaman 90-an, rekaan tiara seperti Puteri Masako cukup terkenal dengan ukiran sarat bertatahkan batu berlian. Jika anda meniru gaya ini, nasihat kami elakkan memakai aksesori anting-anting atau rantai yang besar. Biar cukup tiara besar anda itu sahaja menjadi perhatian si tetamu. 

7) Catherine Zeta Jones, Perkahwinan Selebriti Hollywood (2000) 

Buat bakal pengantin tidak berhijab dan menginginkan gaya sanggul nanti, nah cuba ikut gaya si seksi Catherine. Pilih tiara yang boleh dilekap pada sanggul rambut anda, sekali gus memberi efek anggun dan mewah. Rekaan ringkas dengan batu pertama yang besar sudah memadai. Tak perlu berlebih.

8) Puteri Sofia Hellqvist, Perkahwinan Diraja Sweden (2015)

Bosan dengan tiara berwarna putih sahaja, tambahkan seri seperti tiara milik Puteri Sofia, memilih permata hijau zamrud sebagai pelengkap gaya pengantin beliau. Bagi yang takut-takut nak mencuba, kami beri anda pilihan sama ada gayakan dengan busana berwarna krim atau sedondon hijau zamrud. Serius cantik sangat! 



Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart