7 Idea baju pengantin lelaki yang buat anda automatik ‘handsome’

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh bakal pengantin. Satu hari yang akan mengubah hidup mereka. Pelbagai perkara akan dilakukan oleh bakal pengantin untuk memastikan hari bahagia mereka berjalan dengan lancar sepertimana yang mereka inginkan.

Daripada persiapan untuk tetamu dan persiapan untuk diri sendiri, semuanya dilakukan dengan penuh kesungguhan. Salah satu persiapan yang paling penting untuk majlis perkahwinan itu nanti adalah baju yang akan dipakai.


Baju merupakan satu perkara yang sangat penting bagi setiap bakal pengantin bukan hanya pada pengantin perempuan, tetapi kepada pengantin lelaki juga kerana pada hari perkahwinan nanti, mereka akan menjadi tumpuan para tetamu yang hadir. Semua mata akan tertumpu kepada mereka kerana mereka merupakan watak utama dalam majlis tersebut.


Oleh kerana itu, setiap bakal pengantin lelaki perlu berusaha untuk tampil dengan segak dan semenawan mungkin untuk hari bersejarah mereka. Selain itu baju juga penting kepada mereka kerana ianya akan diabadikan di dalam gambar-gambar yang akan diambil pada hari bahagia mereka nanti dan dijadikan sebagai kenangan yang terindah dalam hidup mereka.

Terdapat berbagai jenis baju pengantin lelaki yang boleh didapati daripada jenis tradisional, moden, barat dan sebagainya. Baju-baju ini boleh dibeli ataupun disewa mengikut kemampuan dan keselesaan diri mereka sendiri. Bagi bakal pengantin lelaki yang masih lagi tercari-cari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari bahagia nanti, berikut merupakan 21 pilihan baju untuk pengantin lelaki yang boleh dijadikan panduan.

Tuxedo

Tuxedo merupakan baju pengantin moden yang seringkali menjadi pilihan bagi mereka-mereka yang gemarkan sesuatu yang bercitarasa mewah dan kebaratan. Hal ini kerana baju pengantin jenis tuxedo ini membuatkan si pemakai kelihatan seperti ‘ala western’ dan sangat elegan dengan gaya seorang model.


Tuxedo menggunakan kain satin dalam pembuatannya. Ianya selalu digayakan dengan kasut kulit berkilat. Tuxedo ini amat sesuai dipadankan dengan gaun kembang, gaun moden ataupun jubah moden.

Baju Melayu Songket Blazer

Baju Melayu Songket Blazer ini menggunakan rekaan yang sama dengan baju melayu biasa. Perbezaannya ialah ia ditambah dengan pemakaian blazer. Penggunaan blazer ini menjadikan bakal pengantin kelihatan unik dan lebih bergaya.


Malah mereka juga kelihatan lebih segak bila memakainya bersama sampin, tanjak dan aksesori tambahan lainnya. Ditambah pula dengan penggunaan kain songket untuk Baju Melayu ini menjadikannya satu busana yang sungguh mewah dan bercitarasa tinggi. Baju pengantin perempuan yang sesuai digayakan bersama baju melayu ini adalah gaun labuh, gaun moden, kebaya ataupun kurung.

Baju Melayu Songket Cekak Musang

Rekaannya sama sahaja seperti baju melayu Cekak Musang yang lain. Bezanya hanya pada jenis kain yang digunakan. Baju Melayu ini menggunakan kain songket. Ada sesetengah mereka yang gemar memakai kain songket kerana ianya membuatkan si pemakai kelihatan bergaya dan nampak menawan.


Bagi mereka yang sukakan rekaan baju melayu Cekak Musang tetapi menginginkannya dalam kain jenis songket, maka pilihan ini adalah yang sesuai untuk anda. Baju melayu ini biasanya dipandankan dengan gaun labuh, peplum ataupun kurung yang juga dari jenis songket.

Prince Suit

Rekaan baju ‘ala prince charming’ ini sangat menarik dan membuatkan pengantin kelihatan seperti seorang putera.


Bagi pasangan yang selalu mengimpikan tema perkahwinan seperti fairytale, rekaan prince suit ini sudah semestinya dijadikan pilihan kerana ia pasti akan menyempurnakan tema fairytale anda. Baju pengantin perempuan yang sesuai digandingkan bersamanya adalah gaun kembang dan gaun moden.

Baju Dhoti Kurta

Kurta merupakan pakaian tradisional bagi orang India. Ia merupakan baju berlengan pangan dan direka dengan labuh sehingga ke paras lutut. Baju ini boleh digayakan bersama kain ataupun seluar.

Tetapi untuk majlis perkahwinan, kebiasaannya pengantin akan memilih untuk memakai seluar kerana ia membuatkan pengantin kelihatan lebih segak dan kemas. Bagi mereka yang menginginkan tema bollywood, baju inilah yang paling sesuai. Baju dhoti kurta ini biasanya digayakan bersama gaun kembang ataupun gaun moden.

Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu yang seringkali menjadi pilihan oleh pengantin. Oleh kerana kolarnya yang tinggi dan mencekak leher, baju melayu ini dikenali sebagai baju Melayu Cekak Musang. Pada kebiasaannya, baju Melayu ini mempunyai lima kancing.


Tiga kancing pada bahagian bawah leher manakala dua kancing lagi pada bahagian leher. Mereka-mereka yang berada di Brunei seringkali memakai baju Melayu jenis ini. Baju Melayu ini biasanya dipadankan dengan kebaya, gaun, kurung ataupun peplum.

Baju Melayu Moden Songket

Rekaan yang sama dengan baju melayu moden tetapi menggunakan kain songket. Bagi mereka yang menginginkan baju melayu modennnya kelihatan lebih menarik dan tradisional, baju ini boleh dijadikan pilihan. Padanan yang sesuai bagi baju pengantin ini adalah kebaya, peplum ataupun gaun yang juga yang berkain songket.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart