6 Sebab menyesal tak sudah jika pengantin buat persiapan terburu-buru

Rata-rata orang kita, sebelum setahun berkahwin sudah heboh buat persiapan. Mana tidaknya, masing-masing seriau takut apa-apa keburukan berlaku jika melambat-lambatkan persiapan betul tak?

Dalam perancangan pula, kita harus ada pelan sandaran bak kata orang putih “Backup plan” supaya perkahwinan impian tidak bertukar menjadi tragedi andai perkara yang tak diundang berlaku tanpa diduga.

Biarpun persiapan sudah dilakukan dengan teliti dan sistematik, masih ada pengantin yang ralat di hari bahagianya kerana menyesal tentang beberapa perkara ini. Kadang-kadang perkara yang difikir kecil itulah memberi impak yang besar.

Istimewa buat bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis, ketahui 6 penyesalan yang sering berlaku terhadap pasangan pengantin jika terlalu terburu-bru dalam membuat persiapan.

#1 Undang Tetamu Yang Tak Dikenali

Inilah masalah orang kita, kalau boleh satu kampung nak diajak, entah kenal orang tu entahkan tidak. Bila dah undang satu kampung, kita biasanya akan tempah makanan lebih (kononnya supaya saudara-mara boleh bawa lebihan lauk nanti). Tapi bila hari majlis, berapa kerat sahajalah orang yang datang seterusnya makanan yang berlebih tu dibiarkan membazir tak berusik.

Pokoknya undang sahaja kenalan terdekat dan saudara mara. Setakat kawan kenal sewaktu di kursus kahwin sehari dua tu, tak perlulah diajak. Mereka tak mungkin datang kerana mereka bukannya rapat dengan kita pun.

#2 Ambil Servis Jurugambar Tak Profesional

Kita kahwin seumur hidup jadi kalau boleh labur lah sedikit bajet untuk upah jurugambar profesional. Kaji dan lihat portfolio mereka untuk tahu hasil kerja mereka dengan pengantin-pengantin sebelum ni. Kalau mereka layak dibayar mahal, apa salahnya guna servis mereka. Untung-untung bila gambar cantik ni, kita boleh simpan lama sampai anak cucu pun boleh tengok!

#3 Tak Periksa Hasil Rakaman Jurugambar

Ini penting, kalau ye pun mereka profesional jangan terlalu menharapkan mereka. Setiap kali selesai sesi bergambar cuba ambil masa periksa kembali foto-foto yang diambil supaya hasilnya nanti tak buat kamu meraung kesedihan. Pastikan jurugambar jelas apa yang kamu mahu dari mereka.

#4 Tempah Kad Sampai Tak Ingat Dunia!

Tak sedih ke buat mahal-mahal lepas tu orang buang masuk tong sampah? Percayalah tak ada sesiapa yang suka nak simpan kad kahwin orang melainkan kad kahwin tu eksklusif bertatah permata ke… ha itu mungkin orang simpan.

Sekarang ni dah banyak servis yang buat kad digital. Jadi untuk kad buat untuk saudara-mara yang tua sahaja sebagai tanda hormat menghantar undangan. Untuk kawan-kawan dan selayaknya, hantar sahaja kad digital menerusi Whatsapp, email, Facebook dan sebagainya.

#5 Mengadakan Resepsi Outdoor Waktu Tengahari

Nampak orang lain buat outdoor wedding ni memang gah kan? Tapi bila dah sampai waktunya, baru anda tahu betapa azabnya nak menyarung dress atau persalinan songket waktu tengahari buta tu. Buat dalam dewan siap dengan penghawa dingin pun dah rasa macam nak pengsan, inikan pula bersanding tengah panas.

Kalau anda sanggup bersidai, silakan… tapi kalau takut mekap comot dan baju habis lencun dibasahi peluh, ada baiknya buat sahaja dalam dewan atau waktu malam (jika buat outdoor).

#6 Banyak Berhabis Pada Hantaran

Kalau diikutkan tak perlu hantaran pun tak apa waktu nikah. Cukuplah hantaran semasa tunang tu. Untuk nikah, sertakan sahaja mas kahwin dan wang hantaran. Itu sudah memadai. Tapi orang kita memang suka menunjuk, kalau boleh atas dulang semua nak letak barang berjenama.

Tu belum kira kos gubah hantaran, paling murah pun mesti capai RM60 – RM80 sedulang. Hmm… jadi masa nikah, tak perlulah bawa barang hantaran lagi. Jadi duit yang sepatutnya buat beli hantaran tu boleh cukupkan duit untuk bayar katering, pelamin dan sebagainya. 

Ingat, buat checklist betul-betul sebelum menyesal masa wedding nanti. Selamat beramal! 

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart