6 sebab lelaki anak bongsu adalah calon suami terbaik

Alamak…betul ke ni? Macam tak boleh percaya je.

Biasa kita dengar, sebut sahaja anak bongsu mesti anak manja atau anak mak. Tetapi sejauh mana kebenarannya? Tidak semestinya anak bongsu lelaki adalah anak manja mahupun anak mak.

Betul ke anak bongsu lelaki adalah calon suami terbaik yang harus jadi pilihan? Stigma masyarakat adakalanya boleh pakai juga, tetapi adakalanya hanya mitos semata-mata.

Kredit: Pesona Pengantin

Pucuk pangkal…tepuk dada tanya selera masing-masing ye tak

Nak tahu anak lelaki bongsu ni betul-betul calon suami terbaik, jom baca ni.

1) Seorang yang optimis

Lelaki anak bongsu memiliki sifat yang optimis dalam banyak perkara. Sebab itu, sesiapa sahaja yang bersamanya akan lebih bersemangat. Kerana lazimnya, anak bongsu mempunyai perhatian yang lebih dari ibu bapanya, maka sifat itu menjadi pengaruh baik kepada dirinya untuk dipraktikkan kepada pasangannya.

2) Berani mencuba sesuatu yang baru

Anak lelaki bongsu lebih suka mencuba sesuatu yang baru dan mencabar dirinya melakukannya. Ini kerana anak lelaki bongsu akan mudah explore dan serasi pada keadaan baru.

Kredit: Pinterest

3) Seorang yang cepat matang

Sepanjang tempoh membesar dia dikelilingi oleh abang atau kakak dan sepanjang itulah dia telah melihat dan belajar pelbagai ragam serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Perkara itu membuatkan si dia menjadi lebih matang dan cepat belajar.

4) Bijak merancang masa depan

Anak bongsu seorang yang agak teliti. Bukan cerewet tetapi dia seorang yang inginkan sesuatu yang sempurna lebih-lebih lagi dalam merancang masa depan.

5) Seorang yang berani

Dibesarkan sebagai ahli keluarga yang paling muda dia telah terdedah dengan pelbagai perkara sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh kerana sentiasa dilindungi oleh abang dan kakak, dia jedi lebih berani dan tidak gentar untuk bersuara.

Kredit: Baituljannah

6) Menghormati orang tua

Walaupun sejak kecil dia sudah mula bergaul dengan orang lebih tua, namun dia pandai menghormati mereka. Dan pendedahan inilah membentuk dirinnya menjadi seorang yang sangat menghormati orang lebih tua darinya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top