6 rahsia Untuk Elak Pasangan Mencari Cinta Lain

Dalam hidup berumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Semua perkara ini membuatkan kita lebih belajar tentang sifat dan perangai pasangan serta mendidik kita tentang cara menghadapi setiap ketidaksefahaman.

Antara yang paling ditakuti oleh setiap pasangan, adalah apabila cinta sudah mula beralih arah dan semakin pudar. Amat penting untuk setiap pasangan mengetahui cara mengekalkan rasa cinta dan kasih agar terus mekar walaupun telah lama berumah tangga.

Kredit: Apakes

Jadi, bagaimana caranya untuk mengekalkan rasa cinta antara pasangan? Kami kongsikan 6 tips untuk anda.

1) Letak pasangan sebagai nombor satu

Penting untuk kita meletakkan pasangan sebagai nombor satu berbanding orang lain. Tetapi, ibu bapa juga tetap yang paling utama di hati ye.

Kebiasaaanya, perkara ini sebegini semakin dipandang remeh selepas adanya anak. Yelah, masing-masing sibuk menguruskan rumah tangga dan anak sehingga terlupa perasaan setiap pasangan yang semakin terabai.

Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa.

2) Buat pasangan rasa dihargai

Kerap ungkapkan kata-kata ‘Terima kasih, sayang’, ‘Sayang, maafkan saya’, ‘Saya sayangkan awak’ sering dilupakan apabila perkahwinan menginjak usia 5 tahun keatas.

Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu. Namun, kata-kata sebiginilah yang mampu merawat emosi yang penat.

Kredit: remaja.my

3) Tidak menyimpan perasaan dalam hati

Lumrah manusia adakalanya memendam perasaan apabila bertengkar atau tidak sefahaman antara pasangan.

Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.


Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.


Akhirnya, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain.

4) Jangan perkecilkan pasangan

Jangan sesekali memperkecilkan pasangan terutama di hadapan anak-anak atau orang lain.

Perlu ingat, setiap manusia ada maruah perlu dijaga dan perlu dihormati.

Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.

Kredit: ikim

5) Buat pasangan rasa sentiasa disayangi dan dirindui

Pernah tak anda rasa rindu sangat pada suami atau isteri walaupun sebenarnya mereka hanya keluar pergi bekerja sahaja. Jadi perasaan sebegitu perlu dikekalkan.

Rasa sayang dan rindu tidak semestinya dengan hadiah atau kebendaan. Cukup dengan ucapan rindu dan sayang yang mampu menunjukkan betapa anda menyayangi pasangan.

6) Banyakkan berdoa untuk pasangan

Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.


Tiada siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. Malah, rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita.


Hanya Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati, maka berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart