6 Petanda bahawa isteri sedang penat melampau, Si suami tolong ‘aware’

Terkedu bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.

Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.

Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia tak nak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.

Antaranya :

📛 Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa

📛 Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi

📛 Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab

📛 Mudah jatuh sakit

📛 Wajah jadi redup tak bermaya

📛 Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau

📛 Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak

📛 Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi

Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.

Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.

Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart