5 nafkah WAJIB semua lelaki bergelar suami perlu tahu

Sebaik sahaja sah pasangan lelaki dan perempuan dinikahkan, maka perjalanan hidup dan tanggung jawab juga turut berubah. Ianya lebih kepada tanggung jawab membina keluarga yang mawaddah rahmah.

Setiap pasangan baik suami mahupun isteri mempunyai tanggung jawab tersendiri yang perlu dilalui demi memastikan kehidupan berumah tangga berjalan baik. Kemudian, tanggung jawab akan bertambah apabila dikurniakan cahaya mata.

Bukan tanggung jawab tentang tugas-tugas dan kerja rumah sahaja tetapi ianya meliputi nafkah kewangan yang kebanyakkan jika tidak diurus dengan baik maka memberi impak negatif kepada rumah tangga.

Selain nafkah zahir dan batin, para suami harus tahu apa yang perlu disediakan kepada isteri supaya perhubungan anda mendapat keberkatan.
Berikut merupakan tanggungjawab suami yang perlu dilunaskan kepada isteri:

1) Menyediakan Tempat Tinggal Yang Selesa

Sebaiknya, suami sediakan rumah kepada isteri untuk menginap sebaik sahaja anda diijabkabulkan.
Rumah yang disediakan tidak perlu besar dan mewah, namun cukup sekadar selesa dan bersih untuk anda berdua mengikut kemampuan suami.

2) Menyediakan Makan dan Minum

Menyediakan makan minum seorang isteri termasuklah menyediakan wang kepada isteri untuk berbelanja membeli bahan basahan di dapur.
Mungkin ada di kalangan suami yang leka apabila isteri menggunakan wang saku yang dibekalkan suami untuk membeli makanan, padahal sepatutnya suami memberi wang berasingan untuk tujuan itu.

Namun, tidak salah sekiranya isteri menggunakan wang sendiri asalkan dia redha, dengan niat tidak mahu membebankan suami.

3) Menyediakan Pakaian dan Perhiasan

Suami wajib menyediakan pakaian yang elok dan bersih kepada isterinya. Sebaiknya yang manis dipandang dan menutup aurat.
Peliharalah aurat isteri dengan membelikan persalinan yang sesuai untuk pandangan umum dan gunakan peluang ini untuk mendapat pahala.
Wanita juga diketahui suka berhias, jadi suami seeloknya memberikan hadiah perhiasan untuk isteri selagi barang perhiasan tu tidak berlebih-lebih dan memenuhi syarak.

4) Penjagaan Perubatan

Sediakan duit untuk menampung perubatan isteri, sekiranya isteri ditimpa sakit secara tiba-tiba.
Kita tidak boleh menjangka sekiranya sesiapa pun di dalam keluarga yang akan jatuh sakit jadi sebaiknya disediakan tabung kecemasan sepanjang masa.

5) Menyediakan nafkah untuk anak-anak

Suami wajib menyediakan kelengkapan dan kemudahan cukup untuk anak-anak. Walaupun, isteri bekerja dan membantu, suami tidak boleh sewenang-wenangnya lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat tugas penjagaan anak kepada isteri sahaja.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart