Posted on: October 9, 2019 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Sesi bergambar di luar atau Outdoor photoshoot adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan baik bagi fotografer mahu pun untuk subjek (model, pengantin dan sebagainya). Kena pula kalau dah dapat lokasi yang menarik, kadang-kadang aktiviti yang perancangan asalnya hanya 2 jam boleh terlajak sehingga 4-5 jam.

Kebiasaannya ramai pasangan pengantin yang masih tercari-cari idea lokasi pengambaran yang mampu menjadikan gambar anda kelihatan cantik.

Lokasi merupakan aspek terpenting yang perlu difikirkan. Lokasi yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tema pengambaran yang dipilih. Ianya membantu menjadikan cerita gambar anda menjadi dan nampak seolah realiti.

Disini kami kongsikan 8 lokasi pengambaran yang pastinya membuatkan gambar anda sangat cantik.

1 ) Taman Negara, Pulau Kukup

Suasana alam semulajadi di Taman Negara Pulau Kukup, Pontian, Johor akan membuatkan anda berasa tenang dan nyaman bila berada di sini. Tempat yang sesuai untuk diambil gambar yang cantik dan segar apabila anda berada di sini.

Bayangkan gambar anda dikelilingi tumbuhan hijau ditambah suasana yang salju. Pasti membangkitkan mood anda untuk bergambar.

2 )Colmare Troical Berjaya Hills

Senibina di Colmar Tropicale Berjaya Hills diambil ilham dari negara Perancis. Lokasinya yang menarik dan rekaan yang unik membuatkan ramai pengunjung datang ke sini untuk mengambil gambar.

Bayangkan anda bergambar disini dengan penggayaan gaun perkahwinan yang kembang. Pasti gambar ala english ada nampak begitu ‘WoW’.

3) Alor Setar, Kedah

Ini bukan di negara Jepun tetapi hanya di Alor Setar, Kedah sahaja. Pokok yang seakan seperti pokok bunga sakura ini bermusim pada sekitar bulan Februari dan Mac. Jika hari bahagia anda pada waktu ini, anda sangat bertuah kerana ini merupakan masa yang sesuai untuk mengambil gambar yang bermakna dan romantis.

Anda boleh bergambar sambil dikelilingi kelopak bunga sakura dari Malaysia.

4) Pantai Klebang, Melaka

Pantai Klebang merupakan destinasi popular bagi orang awam kerana kedudukan yang strategik di kawasan tengah bandar Melaka. Pemadangannya seperti anda berada di padang pasir yang agak tersorok.

Walaupun lokasinya yang agak tersembunyi, namun ramai orang awam yang datang bergambar di kawasan ini. Transport 4X4 ke Pantai Klebang juga ada disediakan hanya RM 6 sahaja seorang untuk pergi dan balik. Jika anda memandu kereta anda di kawasan berpasir ini, dikhuatiri pasir jerlus boleh menyebabkan kereta anda terkandas. Jadi rancang penggambaran anda sebaiknya.

Tips: Tinggalkan kawasan tersebut sebelum jam 7.00 petang.

5) Masbro Village, Melaka

Masbro Village merupakan tempat penginapan `ala homestay` di Melaka. Senibina yang luar biasa dan unik ini akan membuatkan anda ingin mengunjungi ke kawasan ini.

Ada yang mengatakan konsep ini diambil dari konsep Australia Village.


Leave a Comment