5 Kedai paling ‘PUAKA’ buat para isteri, niat beli satu barang tetapi akhirnya….

Masih wujud lagikah kedai yang menjual barang RM2.10 ini?

”Sudah menjadi satu fenomena bagi setiap orang terutamanya wanita apabila nampak dan masuk sahaja ke dalam kedai yang menjual barangan RM2.10, mereka akan keluar dengan senyuman.

Ini kerana kesemua barangan di kedai ini dijual dengan harga hanya sebanyak RM2.10 bagi setiap barang. Dengan harga semurah ini, boleh ‘naik gila’ bagi mereka yang memasuki kedai ini.

Di seluruh negara, boleh dikatakan kedai ECO menjadi popular bagi penjualan barangan RM2.10 ini. Tetapi jika fokus kepada sekitar Lembah Klang, ada beberapa kedai lagi yang menjual barangan RM2.10.Kalau mahu tahu, teruskan membaca!

Kedai ECO

Boleh dikatakan hampir seluruh Malaysia mempunyai kedai ECO ini. Walaupun setiap cawangannya menjual barangan yang sama, tetapi ramai orang menjadi pelanggan setia kepada kedai ini.

Tetapi yang menarik dan menjadi adventures kepada pelangganya, jika kamu mengunjungi beberapa kedai ini di beberapa cawangan lain.

Yang menarik dan adventure kepada para pelanggan, sekiranya kamu mengunjungi kedai ini di beberapa cawangan lain, pasti kamu akan perasan dan dapati setiap cawangan ini mempunyai barangan yang tidak akan ditemui di cawangan lain.

Kedai NOKO

Comel sahaja nama kedainya. Kedai NOKO ini juga menjual dengan berharga RM2.10 bagi setiap barangan.

Dengan keluasan kedai yang cukup besar dan kemas ini, pasti membuatkan setiap pelanggan teruja untuk berbelanja dan mendapatkan barangan mereka di sini. Setiap barangan disusun dengan strategik dan memudahkan para pengguna mencari barang, tidak hairanlah kedai NOKO ini mempunyai pelanggan setia.

Tarikan kedai NOKO ini adalah pelbagai pilihan barangan untuk dekorasi majlis atau pesta dan alat-alat tulis yang comel dan cantik.

Cawangan NOKO:

  • Ampang Jaya
  • Bukit Jelutong 
  • Shah Alam 
  • Puchong

Kedai NINSO

Kalau masuk ke kedai ini, rasa seperti di kedai yang mahal tetapi dengan harga yang murah iaitu serendah RM2.10 sahaja bagi setiap barangan. Dengan susun atur kedai yang kelihatan mewah dan kemas, pasti kamu terkejut dengan harganya!

Jika mengunjungi kedai NINSO, kamu boleh mendapatkan beberapa barangan yang berkualiti dengan harga yang murah seperti makanan, barangan dapur, barangan kesihatan dan pelbagai lagi. Kamu hanya namakan apa sahaja jenis barangan yang diingini, pasti semuanya dijual di kedai ini.

Selain itu, antara tarikan di NINSO adalah, kedai tersebut menjual beberapa makanan seperti ais krim dan juga tomyam oden dengan harga RM2.10 sahaja!
Cawangan NINSO:

  • Shah Alam
  • Kepong
  • Kota Kemuning
  • Balakong
  • Selayang
  • Gombak

Kedai MR. SAVE

Bukan MR. DIY tetapi MR. SAVE. Kedai ini juga menjual barangan yang kamu perlukan. Tidak kiralah sekecil-kecil bekas menyimpan gula sehinggalah perhiasan rumah, semuanya boleh didapati di kedai ini.

Susun atur yang kemas dan cantik, kedai MR. SAVE ini sangat popular dalam kalangan mereka yang ingin mendekorasi rumah dengan hanya menggunakan barangan pada harga yang murah.

Cawangan:

  • Kota Damansara
  • Ampang
  • Subang Perdana
  • Petaling Jaya

Kedai SETIA RM 2.10

Selain mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor, kedai Setia RM2.10 ini juga membuka cawangan di negeri Kelantan.

Pelbagai jenis barangan dijual seperti alatan dapur, barangan tandas, berkebun malah makanan juga dijual di kedai ini. Tidak rugilah kalau membeli di kedai ini, kerana macam-macam jenis barangan dijual.

Cawangan:

  • Klang
  • Banting
  • Semenyih
  • Cheras

Tidak salah jika kamu mahu berjimat dengan berbelanja di kedai-kedai RM2.10 ini kerana kesemua barangannya yang dijual sangat berkualiti walaupun harganya murah.Tambah-tambah sekarang musim PKP, lagilah kamu perlu berbelanja dengan bijak. Happy shopping!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart