5 Dewan perkahwinan menepati citarasa sekitar Lembah Kelang

Lokasi majis perkahwinan bakal raja sehari merupakan elemen terpenting di dalam mejayakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang. Tiada lokasi, tiadalah majlis persandingan pengantin. Ada di antara bakal pengantin yang mahukan perkahwinan diadakan di rumah sahaja. Tak kurangnya yang mahukan majlis perkahwinan mereka diadakan di hotel atau dewan perkahwinan yang sudah menjadi trend terkini.

Kredit: Budakpacak.com

Bagi bakal pengantin yang berada di kawasan Lembah Kelang, tidak perlu gusar mencari lokasi dewan kerana disini terdapat pelbagai jenis dewan yang sesuai dijadikan tempat majlis cuma bergantung kepada bajet, jumlah tetamu dan kondisi dewan itu sendiri.

Kami kongsikan beberapa dewan perkahwinan sebagai rujukan anda.

1) Dewan Perdana Felda

Dewan ini sememangnya sinonim dengan pelbagai acara dan majlis. Ruangnya yang luas mampu memuatkan lebih 500 orang tetamu dalam satu-satu masa. Bagi anda yang mempunyai perancangan mempunyai pelamin lebar, disinilah tempatnya kerana dewan ini mempunyai pentas yang agak besar.

Kredit: Felda D’saji

Lebih memudahkan, anda sudah tidak perlu risau untuk mencari katering kerana mereka sendiri sudah mempunyai pasukan katering Felda yang berpengalaman lama dan berpatutan bermula RM65 per pax sahaja dengan pelbagai jenis makanan, minuman, buah-buahan dan pemanis mulut.

Kredit: Felda D’saji

Jika anda berhajat menggunakan servis mereka namun inginkan dewan yang lebih kecil, anda juga boleh memilih Dewan Merak Kayangan dan restoran D’Saji.

2) Lanai Tamu Event Hall, Damansara Perdana, Selangor

Terletak di kawasan Damansara Perdana iaitu berhampiran dengan IKEA Mutiara Damansara kawasan yang sering menjadi perhatian hujung minggu warga kota. Lokasi dewan ini yang sangat mudah diakses serta sarat dengan pelbagai kemudahan menjadi pilihan utama bagi bakal pengantin diluar sana. Lanai Tamu mengetengahkan konsep moden Garden yang menjadi trend perkahwinan bagi kebanyakan bakal mempelai kebelangan ini.

Kredit: wedsearch.net

Promosi bagi tempoh masa terhad sahaja iaitu rm24.90 p/pax minimum 1000 pax untuk & pakej ntermasuk katering, dekorasi dan pelamin. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui pakej ini dengan lebih lanjut boleh terus berhubung ditalian 010-9881961/012-2700553/019-3333052 untuk sebarang pertanyaan.

3) Astana Era Mewah, Sungai Buloh, Selangor

Terletak di Pinggiran Sg Buloh iaitu berhampiran dengan pasar malam paya jaras Astana Era Mewah sering menjadi pilihan buat bakal pengantin. Konsep dewan yang kelihatan seperti resort menjadikan dewan ini sesuai bagi melangsungkan perkahwinan berkonsepkan bali, moden garden mahupun minimalis moden.

Kredit: Astana Era Mewah


Kadar sewa bagi Dewan Astaka ini adalah sebanyak RM2500.00 sahaja. Bagi mereka yang berminat ingin mengetahui dengan lanjut mengenai lokasi perkahwinan ini boleh berhubung terus ketalian 012-2347384 untuk sebarang pertanyaan.

4) De Gouffron, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Jika anda sedang mencari lokasi kahwin dengan konsep garden wedding di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ? Mungkin De Gouffron TTDI adalah lokasi yang sesuai bagi anda. Dibangunkan dibawah marquee tent yang luas dan dalamnya pula dilengkapi dengan peralatan jerusi meja terkini menjadikan dewan ini pilihan ramai. Ditambah pula dengan lokasi dewan yang terletak berhampiran dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) serta pusat membeli-belah One Utama menjadikan lokasi ini mudah diakses oleh orang ramai.

Kredit: vmo.rocks


De Gouffron TTDI mneyediakan pakej serendah RM35.00 p/pax minimum 1000 pax dan harga pakej boleh berubah bergantung kepada pakej yang anda inginkan. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengetahui lokasi dewan ini serta pakej-pakej yang ditawarkan boleh menghubungi 011-11120208 untuk sebarang pertanyaan.

5) D’Tunjong Banquet Hall Damansara

Kredit:cahayakristal.com

Dengan ruang dewan berhawa dingin yang luas akan memberikan keselesaan kepada tetamu dan keluarga yag hadir ke majlis bahagia anda. Terletak bersebelahan dengan Federal Highways sebelum sampai ke bulatan kayangan di Shah Alam.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart