5 benda paling ‘Annoying’ setiap couple selalu buat di media sosial

Orang sekarang melebihkan media sosial dari segala-galanya. Sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian. Kalau masih solo itu kita fahamlah mungkin bosan dan menagih perhatian dari alam maya tapi lain pula dengan manusia yang sudah berkahwin atau telah punya pasangan. Tak cukup dengan perhatian pasangan, di media sosial juga mereka meminta.

Kami senaraikan trend couple yang sedang hangat dilakukan di media sosial:


1) Mention nama suami atau isteri di bio

Habis semua hendak ditulis di ruangan biografi, apa nama suami, bila berkahwin, bila bertunang dan tarikh kali pertama bertemu. Dah macam buku bersejarah pula para followers perlu tahu semua itu.


2) Instagram siapa ni?

Makin lama jadi keliru pula sebab Instagram dah penuh dengan gambar pasangan. Kita faham awak obses dengan pasangan awak tapi cukuplah dengan awak sahaja. Kami semua tidak mahu turut obses.

3) Anggap mereka single itu loser

Memang geram bila baca kapsyen yang setiap dimuatnaik, macam lah hidup berumah tangga itu sahaja yang baik dan bahagia. Habis kami yang single ini?


4) CCTV pasangan

Setiap segenap pergerakan, perbuatan pasangan mahu dikongsi menjadi tatapan umum. Mungkin yang dipegang pada tangan telefon pintar atau kamera litar tertutup.


5) Post gambar kahwin terlalu banyak!

Ehem..ehem..kami tahu anda excited terima gambar dari jurugambar tapi tidak perlu muat naik semua hasil yang anda dapat. Gambar mata terpejam pun hendak tunjuk.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top