45 list lagu kahwin pelbagai genre sesuai untuk majlis kahwin anda

Muzik merupakan salah satu aspek yang perlu diberi keutamaan di hari perkahwinan. Mempunyai band atau DJ yang berkualiti bukan sahaja mampu menghidupkan suasana sesebuah majlis perkahwinan tetapi juga dapat menghiburkan ahli keluarga kedua mempelai, para tetamu dan semestinya membangkitkan mood romantik kepada raja sehari.

Pilihan lagu yang kurang sesuai boleh menyebabkan majlis perkahwinan menjadi suram dan sendu. Tak semudah yang disangka, dilema juga apabila memikirkan apakah lagu-lagu yang sesuai untuk didendangkan di majlis perkahwinan nanti. Sudah semestinya, merpati dua sejoli ini mahukan yang terbaik untuk diabadikan sebagai kenangan terindah simbol kepada titik permulaan hidup bersama.


Jadi kali ini kami akan kongsikan 45 buah lagu pengantin baru yang boleh dijadikan inspirasi buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan kelak.

Lagu Kahwin Moden/Terkini

Pemilihan lagu-lagu di dalam kategori ini begitu popular terutama dalam kalangan pasangan muda pada masa kini.


Lagu cinta terkini oleh penyanyi Malaysia dan Indonesia amat diminati kerana lirik lagunya yang amat puitis, pastinya dapat membuai perasaan dan membangkitkan suasana yang romantik didalam majlis resepsi.


Selain itu, ramai pasangan di luar sana memilih lagu kahwin kategori ini kerana ia dapat membuatkan mereka terkenang akan suka-duka dan memori bersama sewaktu di awal perkenalan dahulu.


Ada juga yang tidak ketinggalan menjadikan salah satu lagu cinta moden seperti ini untuk digunakan di dalam video perkahwinan mereka. Tips yang penting, elakkan daripada memilih lagu-lagu yang bernada patah hati, putus cinta atau irama dangdut yang boleh merosakkan suasana majlis anda.


Senarai di bawah merupakan antara lagu yang popular untuk dijadikan pilihan anda:

  1. Cinta Luar Biasa â€“ Andmesh
  2. Bukti â€“ Virgoun
  3. Kisah Cinta Kita â€“ Hafiz Suip
  4. Sampai ke Hari Tua â€“ Aizat Amdan
  5. Sesungguhnya Aku â€“ Alif Satar
  6. Terasa Ada â€“ Sufian Suhaimi
  7. Cinta Sesungguhnya â€“ Sabhi Sadhi ft Marsha
  8. Sempurna â€“ Andra and The Backbone
  9. Penghujung Cintaku â€“ Pasha feat Adel
  10. Makin Aku Cinta â€“ Krisdayanti ft Anang
  11. Kamu yang kutunggu â€“ Rossa dan Afgan
  12. Percayalah â€“ Afgan dan Raisa
  13. Jodoh Pasti Bertemu â€“ Afgan
  14. Terima kasih Cinta â€“ Afgan
  15. Teman Hidup â€“ Tulus

Lagu Kahwin Klasik

Tidak kira apa jua tema majlis perkahwinan anda, lagu kahwin klasik seperti yang di senaraikan di bawah ini tak lapuk dek zaman dan sering kali menjadi pilihan pasangan pengantin pada semua peringkat usia.

Ini kerana, bukan sahaja ia sesuai bagi mereka yang meminati lagu-lagu lama bahkan irama klasik ini menjadi halwa telinga untuk tetamu-tetamu berwarga emas.

Apatah lagi lagu-lagu klasik ini dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi era muda-mudi mereka, pastinya mengembalikan memori zaman silam. Di sini, kami senaraikan lagu-lagu klasik yang boleh dimainkan di majlis perkahwinan anda nanti.

  1. Sudah Kahwin Ke Belum â€“ Ahmad Daud & Rafeah Buang
  2. Selamat Pengantin Baru â€“ Anita Sarawak
  3. Joget Pengantin Baru â€“ Rafeah Buang
  4. DI Hari Persandingan Mu â€“ Yunizar Hussein
  5. Kompang Dipalu â€“ Izam Eye & Waheeda
  6. Ayahku Kahwin Lagi â€“ L. Ramlee
  7. Di Renjis Renjis â€“ M Daud Kilau
  8. Sebentuk Cincin Berlian â€“ M. Ishak
  9. Kalau Jodoh Tak Kemana â€“ P. Ramlee & Saloma
  10. Pengantin Bersanding â€“ R. Ramli

Lagu Kahwin Inggeris

Asyik moden atau klasik saja, tak ada idea lain ke? Sebagai alternatif yang berbeza, kita boleh memilih genre yang lain daripada kebiasaan.
Ramai juga di kalangan kita yang menggemari lagu-lagu Inggeris.

Ini kerana Lagu-lagu ini sesuai terutamanya buat pasangan pengantin yang memilih konsep ala ala Inggeris sebagai tema majlis perkahwinan mereka.

Sesuai juga dengan lokasi perkahwinan yang rata rata mengadakan garden wedding, ruang terbuka atau ballroom. Konsep fairytale wedding kurang sesuai jika dimainkan lagu lagu melayu atau klasik jadi tentunya lagu lagu yang kami senaraikan di bawah ini boleh dijadikan idea iringan musik untuk majlis perkahwinan fairytale anda!

  1. Tenerife Sea â€“ Ed Sheeran
  2. Perfect â€“ Ed Sheeran
  3. Say You Won’t Let Go â€“ James Arthur
  4. You Are the Reason â€“ Callum Scott
  5. Make You Feel My Love â€“ Adele
  6. A Thousand Years â€“ Christina Perry
  7. Beautiful in White â€“ Westlife
  8. Can’t Help Falling in Love â€“ Kina Grannis
  9. All of Me â€“ John Legend
  10. You’re Still the One â€“ Shania Twain

Lagu Kahwin Islamik

Pilihan lagu genre jenis ini kebiasaanya menjadi pilihan bakal pengantin yang datangnya daripada keluarga yang menitik beratkan kesederhanaan dalam mengadakan majlis ataupun daripada kalangan mereka yang mempunyai salasilah keluarga berdarah kacukan Arab.


Sungguhpun berkonsepkan islamik, tetapi percaya atau tidak, lagu lagu seperti ini banyak berciri musik balada yang tenang dan tidak menbingitkan telinga.

  1. Mabrook â€“ Irfan Makki
  2. Rabbee Yebarik â€“ Maher Zain
  3. Baraka Allahu Lakuma â€“ Maher Zain
  4. Qissat Al’Oshaq â€“ Humood
  5. Masha Allah (Arabic) â€“ Maher Zain
  6. Sepanjang Hidup (For The Rest Of My Life) â€“ Maher Zain
  7. Selamat Pengantin Baru â€“ Hijjaz
  8. Cari Pasangan â€“ Rabbani
  9. Isteri Solehah â€“ Nazrey Johani
  10. Setanggi Syurga â€“ Inteam

Semoga perkongsian pada kali ini mendatangkan manfaat yang besar terutamanya kepada bakal raja sehari dalam memilih lagu-lagu kahwin yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Sedikit tips buat bakal pengantin, adalah penting untuk mereka bersama-sama berbincang di dalam memilih lagu-lagu kahwin supaya ianya dapat membangkitkan bibit-bibit cinta dan mengimbau kenangan manis bersama pada hari bahagia.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top