Posted on: September 2, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Sebut sahaja OOTD (outfit of the day), mesti ramai yang suka. Tak tunggu untuk masa bercuti sahaja, keluar ke mall pun dah boleh OOTD.

Seharian di luar, mesti penuh memori telefon masing-masing dengan beratus gambar, bukan?

Penggemar OOTD mesti la mahu gambar mereka cantik dan fotogenik.
Justeru, ini kami kongsikan empat teknik paling penting untuk gambar anda nampak cantik dan ‘on point’.

Latar belakang

Tak perlu latar belakang lautan yang biru atau gunung yang tinggi, cukuplah sekadar latar belakang yang kosong atau berwarna yang boleh memberi impak highlight kepada pakaian anda.


Elak tempat bersepah, nanti outfit dah cantik, latar belakang pula tak semenggah.

Pencahayaan

Pencahayaan merupakan elemen penting untuk pastikan OOTD korang on point.
Walaupun baju dah lawa, latar belakang dah cun, tapi pencahayaan tak ada, OOTD korang dijamin nampak tak cantik.


Pencahayaan yang terbaik adalah natural lighting, cari tempat yang mempunyai pencahayaan yang semula jadi. Jadi, gambar OOTD anda tidaklah jadi gelap atau terlalu terang!

Cuba pelbagai angle

Nak cari angle paling sesuai dengan kita memang susah. Cara yang paling selamat ialah kita kena cuba pelbagai angle.


Itulah sebab gambar OOTD akan menjadi beratus-ratus. Itu semua kerana pelbagai angle dicuba.


Filter it!

Nak jadikan gambar lagi cantik tambahkanlah filter! Alah, diedit sekadar untuk menaikkan seri gambar, apa salahnya kan?


Ada macam-macam aplikasi yang anda boleh cuba. Cuba main dengan filter, pasti gambar OOTD anda akan jadi lebih menarik!


Oklah lepas ni, tak adalah gambar OOTD yang suram lagi. Ayuh cuba!

Leave a Comment