4 Idea minimalis untuk bridesmaid sedondon dengan ‘Flower Crown’

Pada anda yang merancang majlis perkahwinan yang gilang-gemilang, pasti tidak mahu terlepas dari mengajak rakan-rakan baik anda untuk dijadikan sebagai bridesmaids. Bridesmaids ditugaskan untuk menjaga dan membantu pengantin perempuan sepanjang majlis dan sedikit sebanyak melancarkan aturcara. 

Kebiasaannya bridesmaids akan diberikan sepersalinan pakaian yang sama warna mengikut tema majlis agar sekata dan sedondon. Orang kata kalau boleh nak sama cantik dan sama padan dengan mempelai.

Jika anda dengan tiara pilihan sebagai tanda mahkota raja sehari, bagaimana pula dengan dayang-dayang senandung anda?

Fairy tale forest wedding pictures at Floral Hall and Forest Park in Everett,WA.

Kami bingkiskan beberapa idea flower crown yang kini menjadi trend aksesori untuk si gadis tampil minimal tapi jelita. Khas untuk para bridesmaid anda.

Tips! Pilih kelopak bunga atau daun bersaiz kecil hingga sederhana

  1. Bunga kecil seperti gambar dibawah antara rekaan flower crown yang paling mudah dan menjadi pilihan bridesmaids. Warna bunga yang berwarna putih juga sesuai dipadankan dengan mana-mana warna busana bridesmaids dan tema majlis.
  1. Jom cuba yang lain dari yang lain! Tukarkan flower crown anda kepada hiasan dedaunan hijau. Sekali pandang, pasti bridesmaids anda seperti dewi-dewi Greek.
  1. Jika flower crown terletak pada atas kepala, cipta suasana baharu dengan sanggulan bunga-bungaan pada bahagian belakang rambut. Sesuai untuk baju bridesmaids yang sarat dengan perincian hadapan.
  1. Jika anda punya citarasa hip pada majlis nanti, apa kata berikan aura hip tersebut pada penampilan bridesmaids anda. Rekaan flower crown seperti ini mencetuskan gaya bohemian dan hipster.

Dah dapat idea? Boleh bincang dengan para bridesmaids anda!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart