4 Idea barang hantaran yang korang tak pernah terfikir pun nak buat

Hantaran perkahwinan sememangnya tidak wajib di dalam Islam. Kerana syarat sah perkahwinan hanyalah bernikah dan pihak lelaki memberi mas kahwin pada pengantin perempuan.

Kebanyakan orang akan beri barangan seperti kasut,beg,set make up dan sebagainya tetapi apa kata kita lari sedikit dari kebiasaan dan fikir tentang masa depan anda dan pasangan sejak hari pertama pertunangan.

Jom kita tengok idea hantaran kahwin dibawah:

1.Dinar emas
Orang perempuan eloklah anda minta mas kahwin dalam bentuk dinar atau hantaran dalam bentuk emas ini.Daripada dapat wang dan digunakan entah kemana baik minta emas kan

2.Polisi hibah
Anda dan pasangan anda kenapa tidak ambil polisi hibah yang melindungi diri dan keluarga? Pasangan yang baik adalah yang terus memikirkan masa depan anda dan famili.Rm 1/2 juta baru RM 150+ sebulan

3.Sijil Asb
Apa kata wang hantaran convert jadi sijil Asb dari belanja balik buat kenduri yang berhabis untuk sehari.

4.Rumah
Adalah digalakan untuk anda beli rumah pertama sebelum kahwin.Mesti cantik letak replika kunci atas dulangkan.

Ini hanyalah idea tetapi lebih baik dari set kasut yang mahal tetapi hanya guna untuk setahun.Anda ada perancangan berkahwin? Ha boleh sangat cuba idea ini.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart