4 Alunan paling best didengar jika menghadiri majlis perkahwinan

Majlis perkahwinan anda dah dekat? Mesti anda masih berfikir idea-idea mahu menceriakan lagi suasana majlis perkahwinan nanti bukan?
Bagi mereka yang mempunyai majlis berkonsepkan melayu tradisional, kompang, gamelan atau kumpulan Marhaban.
Mereka inilah yang akan memeriahkan lagi majlis dengan persembahan hebat mereka.


1) Kumpulan kompang

Kredit: jalalkompang.com

Kumpulan kompang biasa kita lihat di kampung-kampung, akan tetapi budaya mengupah kumpulan kompang ini kian lenyap. Ramai pasangan pengantin memilih untuk mendendangkan lagu kompang berbanding mengupah kumpulan kompang. Ini adalah budaya melayu. Jangan di lenyapkan budaya kita sehinggakan keseronokan paluan kompang ini hilang ditelan arus kemodenan.


2) Tarian zapin

Kredit: Soloevent

Tarian zapin begitu popular terutamanya di negeri Johor. Tarian zapin terutamanya kanak-kanak amat mencuit hati. Nampak comel dan mencuit hati. Jika tarian zapin menjadi pilihan, ini akan memberi kelainan kepada majlis perkahwinan. Para tetamu pasti akan terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.


3) Gamelan

Kredit: goodnewsfromindonesia.id

Gamelan menyajikan runut bunyi melayu tradisional. Sangat klasik dan akustik. Jika anda tinggal di kawasan yang rata-rata penduduknya jawa, pasti kedengaran bunyian dari gamelan jawa atau lebih dikenali sebagai ‘cempoleng’. Bunyi yang menenangkan dan menyenangkan pasti akan membuat para tetamu yang sedikit berusia akan gembira kerana bunyian gamelan ini jarang-jarang sekali kedengaran sekarang.


4) Kumpulan marhaban

Kredit: Flickr

Biasa ada panggil marhaban di kalangan kaum ibu terutama di waktu pagi. Mereka biasa terdiri oleh makcik-makcik kampung tapi untuk majlis ini nampaknya marhaban agak professional apabila ia merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh pelbagai golongan dari dewasa hingga ke usia muda. Memang teruja kerana persembahan marhaban kini banyak yang telah ditransformasikan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart