3 Zodiak ini paling susah nak ucap “I Love You” pada pasangan

Sekiranya anda merupakan zodiak di bawah, mungkin anda dapat relate dengan setiap senario yang dihadapi. Tetapi jika anda sedang dating dengan salah satu zodiak ini dan berasa kecewa kerana mereka langsung tidak menyatakan isi hati kepada anda, silalah bersabar.

Ingat, mereka tidak mahu tergesa-gesa meluahkan isi hati, malah mereka memerlukan sedikit masa untuk memastikan diri benar-benar bersedia.

1) Capricorn (22 Disember – 19 Januari)

Kenapa dengan Capricorn?

Individu Capricorn tahu apa mereka mahukan dalam hidup, mereka mempunyai matlamat dan cita-cita. Sekiranya dia tidak pasti bahawa pasangan itu boleh selari dengan nilai-nilai hidupnya, dia tidak akan mudah meluahkan rasa cinta walaupun hatinya telah menyatakan perasaan yang sama.

Dia adalah zodiak yang serius tentang cinta, dan benar-benar menghargai hubungan jangka panjang. Untuk itu dia tidak mahu cuai dan bermain dengan cinta.

2) Virgo (23 Ogos – 22 September)

Ramai beranggapan individu Virgo seorang yang sombong tapi sebenarya mereka ini golongan yang pemalu.
Virgo mengambil masa yang lama untuk memastikan bahawa pasangannya betul-betul berhak memilikinya.

Bukan bermaksud sombong tetapi dia hanya berhati-hati agar diri tidak permainkan. Dia memerlukan analisis pemahaman walaupun untuk memutuskan apa yang dia rasa. Ini mungkin akan mengecewakan pasangannya dan mempersoalkan cinta si Virgo.

3) Aquarius (20 Januari – 18 Februari)

Mengatakan “I Love You” sebenarnya mudah untuk Auqarius jika mereka sudah bersedia.

Tetapi apa yang membuatnya menangguhkan perasaan tersebut adalah apabila ada keraguan dan konflik dalaman. Dia adalah zodiak yang bebas dan boleh hidup bersendirian dengan baik, jadi dia tidak takut kebebasan yang akan diambil. Aquarius memastikan bahawa pengembaraan itu akan berterusan walaupun sudah berpunya.


Sabar ye jika berhadapan dengan individu berzodiak di atas. Jangan cepat melatah!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart