3 Perkara yang anda perlu elakkan sebelum jadi menantu

Dalam hidup berumah tangga kadangkala masalah antara mertua, ipar duai dan menantu pasti berlaku. Ada terjadi masalah sebegini menjadi punca cerai berai kerana tiada sefahaman atau tolak ansur.

Sebut tentang tolak ansur ianya bukan kepada sebelah pihak sahaja malah wajib sama adil kedua-dua belah pihak, barulah ianya seimbang dan tidak membuatkan salah seorang terasa hati.

Mertua adalah orang tua yang kadang-kadang banyak kerenah dan inginkan perhatian. Sama juga pada si ipar duai yang macam-macam kerenah nak di fikirkan dan dihadapi lebih-lebih lagi pada menantu yang baru.

3 perkara yang tidak sepatutnya dilakukan sebelum anda bergelar menantu.

1) Posting di media sosial

Tidak perlu posting segala kebahagiaan atau kegembiraan anda bersama bakal mertua di media sosial. Jika anda ada menziarah, keluar makan bersama sekalipun cukuplah sekadar merahsiakannya. Bukan apa pada mulanya memang sempurna tapi lama-kelamaan akan terasa pedihnya. Nanti anda akan terbiasa untuk membuka pekung di media sosial tentang mertua. Kita tidak selamanya okay kerana suatu hari nanti setelah menjadi menantu sendiri akan faham.

2) Bercerita tentang masalah keluarga

Memperkenalkan dan bercerita latar belakang keluarga anda sudah cukup. Tidak perlu berlebih-lebih menceritakan perihal mertua kepada orang luar.

Zip mulut anda mengenai masalah dan aib keluarga bukan sahaja ketika sebelum bergelar menantu malah selepas bergelar menantu. Ada ketika anda akan merasa keluarga mertua lebih baik dari keluarga sendiri namun fikirlah masak-masak, tiada yang lagi baik selain dari darah daging kita sendiri.
Kunci dan pendam segala aib keluarga anda dari didedahkan pada keluarga mertua.

3) Hipokrit

Hindarkan bersikap hipokrit dan berpura-pura di hadapan bakal mertua. Jadilah diri sendiri agar anda tidak konflik di kemudian hari.

Hentikan sebelum segala sikap pura-pura anda terbongkar. Sebaiknya jadilah diri anda sendiri dan berkata jujur, tidak perlu anda bercakap perkara yang tidak benar semata-mata untuk mendapat perhatian atau tanggapan yang baik. Tidak salah serlahkan sisi kekurangan sendiri kepada bakal mertua kerana itu juga salah satu taktik untuk melihat keikhlasan mereka menerima anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top