15 nasihat paling padu khas untuk pasangan bakal bernikah

Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna bahasa iaitu berkumpul dan berhimpun. Manakala, kedua dengan makna syar’i, iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan intim antara lelaki dan wanita.

Perkahwinan Menurut Islam

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Malah, dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan. Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang menyarankan agar umat Islam bernikah.

Ini nasihat khas untuk anda yang bakal bernikah:

1. KETIKA AKAN MENIKAH
Janganlah sekadar mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah sekadar mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan tok kadi semata-mata, tetapi menikah di hadapan Allah SWT.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk membalas pula kebaikan dan setiap doa mereka.

5. SEJAK MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGG BERMASALAH
Jangan saling berlepas tangan, tapi tetap terus teguh mengharunginya bersama.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami Anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada suami/isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami Anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA BELUM MEMBAIK
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI MEMBAIK
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri yang memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahwa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top