10 ucapan perkahwinan yang pasti buat pengantin teruja

Sememangnya perkahwinan adalah detik yang sering ditunggu-tunggu terutamanya oleh ahli keluarga dan sahabat handai yang rapat. Status bujang yang disandang akan serta-merta berubah selepas terlafaznya akad nikah.

Ikatan yang terbina akan mengubah haluan hidup sang pengantin. Dengan perasaan bercampur baur, teruja, sedih dan syukur adakalanya agak sukar untuk memberikan ucapan terbaik buat bakal pengantin yang mahu membina masjid.


Namun begitu, tiada format atau skema yang khas dalam memberikan ucapan. Perkara terpenting ialah mesej yang diucapkan mestilah datang setulus ikhlas dari hati.


Untuk membantu anda yang masih lagi tercari-cari ucapan yang terbaik buat kenalan anda, kami kongsikan 21 idea ucapan yang boleh mencetuskan inspirasi untuk diucapkan terus atau ditulis dalam kad ucapan perkahwinan. Yang pastinya ia akan menjadi memori terindah buat raja sehari.

Perkahwinan yang dimeterai semestinya bermatlamat untuk mendapatkan redha Allah SET. Ucapan yang baik akan memberikan semangat buat bakal pengantin melangkah ke alam rumah tangga.


Agama Islam juga menganjurkan umatnya untuk meraikan pengantin baru. Jadi, ucapan yang Islamik ini sangat bersesuaian diucapkan kerana secara tidak langsung akan menjadi satu bentuk doa buat pengantin.

  1. “Assalamualaikum pengantin baru, semoga Allah SWT mengikat cinta kalian seperti utuhnya cinta Adam dan Hawa yang datang dari syurga. Kami doakan agar perkahwinan ini menjadi medan bertambahnya iman serta taqwa dalam diri kalian. Semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Amiin.”

2. “Alhamdulillah. Syukur segalanya telah berlangsung dengan baik. Selamat Pengantin Baru! Semoga kebahagiaan milik kalian hingga ke Jannahtul Firdaus. InsyaAllah, dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Mudah-mudahan bertambah rezeki kalian dengan ikatan suci ini. ”

3. “Cinta sesama manusia kerana Allah akan menuju syurga nan indah. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina diredhai dan membawa 1001 kebaikan di dunia dan akhirat. Bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya.”

4. “Selamat Pengantin Baru! Semoga berbahagia dengan kehidupan baru.”

5. “Semoga ikatan cinta yang terbina berkekalan buat kalian. Selamat Pengantin Baru buat mempelai.”

6. “Semoga rumahtangga yang didirikan menjadi tunggak kebahagiaan hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!”

7. “Selamat Pengantin Baru Sahabat! Akhirnya Romeo dan Juliet kahwin juga ya! Lama dah tunggu nasi minyak dari kalian, nasib baik tak kempunan! Jaga pasangan elok-elok. Lepas ni dah jangan buat perangai gila-gila macam bercinta dulu dah okay!”

8. “Orang kata cinta itu buta. Dah kahwin ni jangan nak buta lagi ya! Haha… Manakan tidak, pujaan hati dah jadi milik kamu selamanya. Selamat Bercinta hingga syurga!”

9. “Nak berpantun sikit untuk pengantin baru. Dengar ya! Cantik manis berbaju biru, Selamat Pengantin Baru! Jangan nakal-nakal lagi dah kahwin tau! Habislah tinggal aku sorang yang bujang, doakan aku bertemu jodoh juga!”

10. “Selamat pengantin baru buat anak dan menantuku. Semoga rumahtangga kalian sentiasa dalam redha Allah SWT. Terima Kasih kerana memilih anak ibu dan ayah sebagai pasangan hidup kamu. Jagalah makan, minum dan pakaian pasangan dengan baik. Tak lupa juga semoga bertambah ahli keluarga kita dengan cucu-cucu yang baru. Ibu ayah merestui hubungan kalian dengan harapan keluarga kita akan lebih ramai dan bahagia.”

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top