10 tanda anda tidak disukai mertua

“Aduh pening kepala betullah buat itu salah, buat ini serba tak kena mak mertua aku nak apa sebenarnya ini?

”Sebagai menantu pastinya wanita akan cuba beri yang terbaik kepada mertua, tapi jika kamu menghadapi situasi seperti di dialog di atas mungkin kamu perlu perhatikan sikap mertua terhadap diri kamu.

Kerana boleh jadi sebenarnya mertua kamu itu, tidak menyukai diri kamu dan hanya berpura-pura baik di hadapan kamu dan anaknya (suami kamu).

Ini beberapa petanda yang mertua kamu tidak menyukai kamu.

1. Sering Terlupa Nak Masukkan Kamu Dalam Majlis Keluarga

Tiap kali ada majlis keluarga, kamu dapat tahu menerusi adik-beradik suami ataupun adik-beradik ipar kamu dan bukannya dari ibu mertua kamu sendiri.

2. Tak Berminat Nak Dengar Dan Tahu Apa Hobi Dan Kerjaya Kamu

Bertemu dengan mertua pastinya kamu ingin berkongsi hobi dan perjalanan kerjaya kamu, dengan harapan hubungan kamu berdua jadi rapat.

Tapi malangnya, ibu mertua kamu sering buat tahu dan menunjukan sikap yang dirinya tak berminat nak tahu apa hobi dan kerjaya kamu.

3. Tak Ada Gambar Kamu Dan Suami Di Rumah Mertua

Kamu perasan dalam rumah mertua tiada langsung foto kamu dan suami tergantung di dinding rumah mertua, hatta dalam album gambar keluarga sekalipun.

4. Selalu Buat Tak Tahu Dengan Kamu

Yang ini mesti kamu perasan, tiap kali kamu cuba berborak dengan ibu mertua kamu dia akan cuba buat tak tahu dan berborak dengan orang lain.

5. Ada Cuba Kenalkan Wanita Lain Kepada Suami Kamu

Ini adalah perlakuan yang paling menyakitkan hati, bila mana kamu dapat tahu ibu mertua kamu cuba memperkenalkan wanita lain kepada suami kamu.

6. Sering Bercerita Tentang Bekas Tunang/Teman Wanita Suami Di Hadapan Kamu

Siapa yang nak dengar kisah suami kamu bersama bekas tunang atau bekas teman wanita suami bukan?

Tapi ibu mertua kamu sengaja bercerita kisah silam suami di depan kamu, untuk membanding-bandingkan antara kamu dan bekas wanita sebelum ini.

7. Kerap Cuba Memalukan Kamu Secara Terang-Terangan

Mula-mula perkenalan antara kamu dengan mertua, mungkin kamu tak perasan cara ibu mertua cuba memalukan kamu.

Tapi setelah kerap sangat ‘eksiden’ seperti ini berlaku di hadapan ramai orang dan secara terang-terangan, kamu dah boleh agak ibu mertua kamu sengaja memalukan kamu.

8. Anak Kamu Juga Sering Jadi Mangsa Mertua

Bukan saja ibu mertua menunjukan rasa tidak suka terhadap diri kamu, malah anak kamu juga terlibat sama dan merasai tempiasnya.

9. Selalu Buat Permohonan Maaf Palsu

Tidak kira di hadapan kamu atau suami kamu sendiri, bila ibu mertua memohon maaf kamu tahu ibu mertua kamu tidak ikhlas dan hanya memberi permohonan maaf palsu.

10. Mencaci Keturunan Kamu

Antara banyak-banyak tanda mertua tidak menyukai diri kamu, ini yang paling kejam dan tidak sepatutnya diucapkan iaitu mencaci keturunan kamu dan keluarga kamu.

Walau sedalam mana pun rasa tidak suka atau benci ibu mertua terhadap kamu, isu keturunan tidak sepatutnya terlibat sama.

Jika kamu perhatikan tanda-tanda ini, memang sahlah sebenarnya mertua kamu tidak menyukai diri kamu dan hanya berpura-pura baik di hadapan kamu dan suami kamu sahaja.

Kalau macam ini gayanya, kamu cuba berbincang dengan suami dan berjumpa dengan mertua untuk bercakap dari hati ke hati.

Tiada siapa mahu keluarga jadi porak-peranda, dek kerana sikap mertua yang cengih seperti itu bukan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart