Posted on: July 15, 2019 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Tak lengkap rasanya majlis perkahwinan tanpa lagu pengantin. Jika tidak, sunyi sepilah majlis. Dah namanya majlis bahagia, pastinya kita inginkan suasana yang meriah untuk raikan raja sehari.

Nama pun majlis perkahwinan, jangan pula ada DJ yang siarkan lagu dangdut ataupun rock. Dah lari tema pula nanti. Tapi ada juga DJ yang syok sendiri sehinggakan pasang lagu tangkap leleh. Alamak…haru biru majlis dibuatnya nanti.

Bila majlis perkahwinan, setiap tetamu mahupun tuan rumah pasti mengharapkan lagu-lagu pengantin menjadi halwa telinga diganding pula dengan bunyi kompang. Barulah terasa aura raja sehari, kan?

Kami kongsikan lagu-lagu pengantin yang wajib dipasang untuk kemeriahan majlis perkahwinan anda.

Leave a Comment